my  en  |  faq contactus aduan contactus

Unit Integriti PDC

Kerajaan telah melaksanakan Program Antirasuah semenjak dari tahun 2004 melalui pelaksanaan Pelan Integriti Nasional diikuti dengan Pelan Transformasi Kerajaan dan sehingga kini melalui Pelan Anti Rasuah Nasional 2019 hingga 2023. Berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013, Kerajaan telah memutuskan supaya Unit Integriti ditubuhkan di semua jabatan kerajaan sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu integriti di semua agensi awam. Pada peringkat permulaan, Pada peringkat awal, PDC telah meletakkan semua program integriti dan antirasuah di bawah Bahagian Komunikasi Korporat

Pada 10 Disember 2018, YAB Tun Dr Mahathir Mohamed, Perdana Menteri telah melancarkan Garispanduan Tatacara Mencukupi di bawah subseksyen (5) seksyen 17A, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Pindaan 2018). Objektif garispanduan yang dikeluarkan ini adalah untuk membantu organisasi komersil memahami kaedah pelaksanaan tatacara mencukupi yang boleh dilaksanakan bagi mencegah perlakuan rasuah dalam aktiviti perniagaan. Pada tahun 2019, satu garis panduan Pengurusan Unit Integriti dikeluarkan bertujuan menjelaskan mekanisme pelaksanaan Unit Integriti serta tanggungjawab pihak yang terlibat bagi memastikan pematuhan terhadap Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 (PP Bil 6 Tahun 2013) sekaligus meningkatkan keberkesanan pelaksanaan Unit Integriti di setiap kementerian, jabatan dan agensi awam, sama ada pada peringkat Persekutuan atau Negeri. Selanjutnya, beberapa Pekeliling Perkhidmatan dan Arahan YAB Perdana Menteri juga telah dikeluarkan dari masa kesemasa.

Bagi merealisasikan visi dan misi YAB Perdana Menteri untuk membenteraskan rasuah dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang berintegriti, PDC telah menubuhkan Unit Integriti berkuatkuasa pada 13 Mei 2019. Berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013, Unit Integriti bertanggungjawab untuk melaksanakan lima (5) fungsi teras seperti berikut:-


1. Tadbir Urus
    Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan;

2. Pengukuhan Integriti
    Untuk menyemai, menginstitusikan dan membudayakan integriti dalam organisasi;

3. Pengesanan dan Pengesahan

  • Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku serta pelanggaran
    tatakelakuan serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil dan

  • Melaporkan perlakuan jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang
    bertanggungjawab.

 4. Pengurusan Aduan
     Menerima dan menguruskan semua aduan mengenai salah laku serta pelanggaran tatakelakuan dalam organisasi;


5. Pematuhan
    Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa

Hubungi Kami

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No 1 Persiaran Mahsuri
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
 

Emel: webmaster[at]pdc[dot]gov[dot]my

Media Sosial

facebook1  insta1  youtube1

QRCode2

588573
Pelawat Bulan Ini: 4,105
Keseluruhan Pelawat: 588,573
  • Kemaskini Terakhir: 10 Jun 2024.