my  en  |  faq contactus aduan contactus

Abdul Latiff bin Abd Aziz

Ketua Eksekutif PDC

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari portal rasmi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Sebagai agensi pembangunan utama Kerajaan Negeri Pulau Pinang, PDC terus komited dalam memperkukuh pertumbuhan ekonomi negeri serta meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pembangunan yang inklusif, mampan dan berdaya saing. Dalam mendepani landskap ekonomi global yang semakin mencabar dan dinamik, PDC akan terus memainkan peranan strategik dalam merancang serta melaksanakan inisiatif pembangunan berimpak tinggi demi kemajuan negeri dan manfaat jangka panjang kepada rakyat.

Selaras dengan aspirasi Penang2030, PDC memberi fokus kepada pembangunan kawasan perindustrian berteknologi tinggi dan berinfrastruktur moden, pembangunan hartanah strategik, pemerkasaan sektor logistik, serta penyediaan persekitaran hidup yang berkualiti dan lestari. Antara projek pemangkin yang sedang dan akan dilaksanakan termasuk pembangunan Bandar Cassia sebagai hab pertumbuhan baharu, projek Penang International Logistics Aeropark (PILA), Projek Ladang Solar Berskala Besar, serta projek-projek waterfront dan pembangunan bercampur yang bakal merancakkan lagi ekonomi negeri.

Dalam menyokong pertumbuhan industri yang pesat, PDC turut komited memperkukuh ekosistem sokongan industri melalui penyediaan kemudahan yang lebih kondusif dan mampan, termasuk pembangunan fasiliti pekerja, infrastruktur sokongan dan kemudahan komuniti di kawasan pembangunan utama. Pada masa yang sama, agenda tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan pembangunan komuniti akan terus diperkasa bagi memastikan keseimbangan antara kemajuan ekonomi dan kesejahteraan sosial dapat dicapai secara menyeluruh.

PDC juga percaya bahawa kekuatan sesebuah organisasi bergantung kepada keupayaan modal insan yang kompeten, progresif dan berintegriti. Justeru, pembangunan bakat, peningkatan kemahiran serta pembudayaan inovasi dalam kalangan warga kerja akan terus diberi penekanan agar PDC kekal relevan, cekap dan berdaya tahan dalam menerajui agenda pembangunan negeri.

Sebagai organisasi yang sentiasa bergerak ke hadapan, PDC amat menghargai kerjasama erat antara kerajaan, sektor swasta, pelabur, komuniti dan semua pihak berkepentingan dalam merealisasikan agenda pembangunan Pulau Pinang. Kami percaya bahawa melalui sinergi dan komitmen bersama, Pulau Pinang akan terus berkembang sebagai sebuah negeri pintar, progresif, mampan dan berdaya saing di peringkat global.

Semoga portal rasmi ini dapat menjadi medium penyampaian maklumat yang bermanfaat serta mengukuhkan hubungan antara PDC dan masyarakat.

Sekian, terima kasih.


Abdul Latiff bin Abd Aziz
Ketua Eksekutif
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)

Image

Hubungi Kami

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No 1 Persiaran Mahsuri
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang
 

Emel: webmaster[at]pdc[dot]gov[dot]my

Media Sosial

facebook1  insta1  youtube1  tiktok tiktok

QRCode2

787678
Pelawat Bulan Ini: 4,046
Keseluruhan Pelawat: 787,678
  • Kemaskini Terakhir: 13 Mei 2026.