BENGKEL KESEDARAN DAN BIMBINGAN HALAL USAHAWAN MADANI 2024 (DENGAN KERJASAMA KUSKOP)
PDC dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), telah menganjurkan “Bengkel Kesedaran dan Bimbingan Halal Usahawan Madani 2024” pada 19 dan 20 Februari 2024, bertempat di The Olive Tree Hotel, Pulau Pinang.
Sesi bergambar para usahawan negeri Pulau Pinang bersama tetamu-tetamu kehormat, PDC, KUSKOP, JHEAIPP, KKM serta Syarikat-syarikat Pempamer Reruai semasa Majlis Perasmian Bengkel.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Rashidi bin Zinol, Exco Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar, Pulau Pinang.
Sesi taklimat Pensijilan Halal Malaysia oleh (JHEAIPP) kepada usahawan daripada Puan Nur Hanisah binti Othman.