faq bmcontactus bmfeedback bmsitemap bm

PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN HARTA

Skop kerja Bahagian Pembangunan & Pengurusan Harta meliputi pemasaran dan penjualan unit-unit projek-projek komersial PDC serta pengurusan sewa unit-unit di projek-projek kediaman dan komersial sedia ada PDC.

Projek-projek yang terlibat adalah Kompleks  Tun Abdul Razak (untuk sewaan sahaja), Kompleks Jalan Kedah (untuk dijual/ disewa), Jalan Burmah (untuk sewaan sahaja), Burmah Square (untuk sewaan sahaja), Lorong Kulit di George Town (untuk sewaan sahaja) gerai di Bangunan Letak Kenderaan Bertingkat Bukit Bendera (untuk sewaan sahaja) dan The One (1-World, 1-Sky & 1-Square)(untuk dijual/ disewa), di Bandar Bayan Baru.

Bahagian Pembangunan & Pengurusan Harta juga terlibat dalam pengurusan dan penyelenggaraan bangunan bertingkat (berstrata) yang belum diserahkan kepada Perbadanan Pengurusan (Management Corporation). Bahagian Pembangunan & Pengurusan Harta juga bertanggungjawab untuk memanggil Mesyuarat Agung Tahunan Pertama untuk tujuan penyerahan kepada Perbadanan Pengurusan bagi projek berstrata PDC.

Copyright © Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1 Persiaran Mahsuri
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia
Emel : webmaster[at]pdc[dot]gov[dot]my