faq bmcontactus bmfeedback bmsitemap bm

PROGRAM KEUSAHAWANAN

Sokongan & Bantuan - Promosi dan Pemasaran Produk

Menyediakan platform bagi mempromosikan dan memasarkan produk usahawan.

Ketua Menteri Pulau Pinang telah melawat booth Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang di Program PIHEC 2023 pada 23 hingga 25 Jun 2023 bertempat di Setia Spice Arena.

 Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai di bawah:

1. Cik Ajri Zarith Nur bt.Ahmad
    Tel: 04-510 6109
    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

2. Pn. Mazlinda bt Ahmad
    Tel: 04-510 6119
    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sokongan & Bantuan - Program Perkhidmatan Jaringan Perniagaan

Penganjuran Program Padanan Perniagaan (Business Matching)

Matlamat untuk membantu menyediakan platform jaringan perniagaan Dalam Negeri dan Luar Negara kepada usahawan yang berpotensi di Pulau Pinang.

Pekan Raya Sumatera Utara  yang berlangsung dari 16 Jun hingga 17 Julai 2023 di Kompleks Pekan Raya, Sumatera Utara, Tapian Daya, Medan, Jalan Gatot Subrato, Medan, Sumatera Utara, Indonesia dan telah disertai oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Penang Halal International (PHI) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Syarikat Al Hadad Marketing Sdn. Bhd dan Al Haddad Marketing Indonesia yang disaksikan oleh YB Dato’ Haji Abdul Halim bin Hussain serta Dato’ Aziz Bakar sewaktu Program Medan Fair 2023.

 Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai di bawah:

1. Cik Ajri Zarith Nur bt. Ahmad
    Tel: 04-510 6109
    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

2. Pn. Mazlinda bt Ahmad
    Tel: 04-5106119
    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Peluang Perniagaan

Matlamat PDC adalah untuk memberikan pendedahan kepada para usahawan mengenai peluang-peluang perniagaan yang ada bagi meningkatkan potensi perniagaan para usahawan.

PDC telah menyertai Program Minggu Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS 2023) anjuran SME Corp Malaysia yang telah berlangsung dari 2 hingga 4 Jun 2023 di Seberang Perai Arena Convention Centre (SP Arena), Seberang Jaya.  

Penyertaan PDC ke acara MIHAS bagi mempromosikan projek-projek Pembangunan PDC seperti plot-plot kosong untuk industri halal, Unit unit IKS PDC di tapak Halal Hub PSPN serta Dataran Usahawan di Bandar Cassia. 

 Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai di bawah:

1. Cik Ajri Zarith Nur bt.Ahmad
    Tel: 04-510 6109
    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

2. Pn. Mazlinda bt Ahmad
    Tel: 04-510 6119
    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Latihan & Bimbingan Usahawan

Program anjuran PDC bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran dan menggalak penglibatan dalam bidang perniagaan sebagai kerjaya pilihan.

Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah menganjurkan Karnival Keusahawanan Pulau Pinang 2023 pada 23 Februari 2023 di Hotel AC Marriott.  

PDC dengan kerjasama Institut Keusahawan Negara (INSKEN) telah menganjurkan Kursus Asas Keusahawan (KAK) yang telah diadakan pada 17 dan 18 Mei 2023 bertempat di Hotel Cititel, Pulau Pinang.  

Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) telah menganjurkan Program “Siri Wanita Dalam Ekonomi- Seminar Wanita Bangkit” pada 7 Jun 2023 di Hotel Olive Tree.

PDC telah menganjurkan Program Pembangunan Usahawan Pulau Pinang bertajuk “Bagaimana Menggandakan Jualan Dan Keuntungan Perniagaan Anda Secara Berterusan” pada 21 Jun 2023 di Hotel Cititel, Georgetown, Pulau Pinang.

Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), PDC telah menganjurkan Kursus Business Facilitator 2.0 dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) pada 4 hingga 6 Julai 2023 di Bilik Persidangan, PDC.

PDC telah mengadakan kunjungan hormat bagi membincangkan dengan lebih lanjut mengenai cadangan kerjasama antara PDC dan MDEC mengenai program-program keusahawanan untuk tahun 2023 dan 2024 bertarikh 8 Mei 2023, di Pejabat MDEC, Cyberjaya.

PDC dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah menganjurkan siri kursus 1 & 2 iaitu Kursus “Introduction to Digital Entrepreneurship” dan “Business Model Strategy” yang telah diadakan pada 12 dan 13 Julai 2023 di Ixora Hotel, Penang.

PDC dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah menganjurkan Kursus “Branding Strategy for Business” & “Tik Tok for Business” pada 29 dan 30 Ogos 2023 bertempat di Eastin Hotel, Pulau Pinang.

 Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai di bawah:

1. Pn. Nur Izzati binti Amir Hamzah
    Tel: 04-5106130
    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

2. Cik Nur Huzaireen bt Mohd Hussain
    Tel: 04-5106188
    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

3.Pn. Nurul Jannah bt. Abdul Hassan
    Tel: 04-5106131
    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Copyright © Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1 Persiaran Mahsuri
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia
Emel : webmaster[at]pdc[dot]gov[dot]my