faq bmcontactus bmfeedback bmsitemap bm

Dato' Aziz Bakar

Ketua Pegawai Eksekutif PDC

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman web PDC. 

Tahun 2023 dijangkakan merupakan tahun yang mencabar dengan ketidaktentuan ekonomi global akan melanda seluruh dunia termasuk Malaysia. Namun, PDC selaku agensi pembangunan unggul Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mantap, matang dan bereputasi tinggi dan dipertanggungjawabkan untuk menerajui pertumbuhan negeri selama lebih daripada 50 tahun sentiasa merancang dan melaksanakan pembangunan menyeluruh untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan kualiti hidup warga Pulau Pinang. 

Sejajar dengan tanggungjawab ini, PDC telah menyusun pelan hala tuju dengan teliti melalui Pelan Strategik PDC (2019–2023) yang telah direncanakan di mana pelbagai projek berimpak tinggi telah diatur dan sedang dilaksanakan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi kerajaan negeri berkembang pesat. Kami komited untuk melaksanakan pelan strategik ini dengan sokongan kerajaan negeri, kerjasama erat daripada jabatan-jabatan kerajaan serta seluruh tenaga kerja PDC demi mencapai Visi Penang2030. 

Selain itu, PDC turut menjangkakan bahawa Bandar Cassia yang merupakan bandar baharu ketiga yang dibangunkan oleh PDC selepas Bandar Bayan Baru dan Bandar Seberang Jaya dan berkonsepkan Smart Eco City yang berteraskan komponen ‘Live, Work, Play & Learn’, bakal menjadi destinasi pilihan untuk melabur, berniaga, bekerja, belajar, beriadah, penjagaan kesihatan dan seterusnya penempatan komuniti-komuniti baru di Bandar Cassia. Potensi Bandar Cassia dalam pembangunan sosio ekonomi Pulau Pinang tidak dapat dinafikan dan PDC berharap agar Bandar Cassia dapat membangun secara lebih mampan dan pintar. 

Bagi merealisasikan impian kami, saya menggalakkan anda berkongsi idea anda dengan jentera pasukan saya untuk pembangunan Pulau Pinang yang lebih baik, selamat dan lebih progresif. 

Sila hubungi kami. 

Sekian, terima kasih. 


Dato' Aziz Bakar
Ketua Pegawai Eksekutif

Copyright © Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1 Persiaran Mahsuri
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia
Emel : webmaster[at]pdc[dot]gov[dot]my