faq bm contactus bm feedback bm  sitemap bm 
LAIN-LAIN BAHASABM | ENG  
color turqouse  color salmon color lilac   fb icon

Kemudahan Pinjaman

Kemaskini pada Rabu, 9 September 2020

SPH1

 

Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui PDC telah mewujudkan satu inisiatif mulai 2009 yang dikenali sebagai Skim Pinjaman Harapan (SPH). Dahulunya ia dikenali sebagai Projek Titian Saksama Rakyat. Skim Pinjaman Harapan (SPH) ini bertujuan membantu mewujudkan satu sistem penyaluran modal tambahan yang mudah dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil di Negeri Pulau Pinang. Objektif utama program adalah :

(i) menawarkan modal tambahan kepada usahawan;
(ii) menggalakkan budaya menabung; serta
(iii) mewujudkan rangkaian usahawan.

Bagi menjayakan program ini peruntukan sejumlah RM11 juta telah disediakan. Sehingga 31 Julai 2020, seramai 3,574 penjaja dan peniaga kecil telah menikmati kemudahan pinjaman ini dengan nilai keseluruhan berjumlah RM19.60 juta.

Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha mempertingkatkan pemberian kemudahan pinjaman mikro ini kepada golongan penjaja dan peniaga kecil yang memerlukan bantuan bagi memajukan dan memperkembangkan perniagaan dan ekonomi rakyat. Beberapa penambahbaikan telah dibuat bagi membantu meringankan beban peminjam. Antaranya :-

(i)  Had pinjaman minimum untuk pinjaman pertama dinaikkan dari RM1,000.00 ke RM3,000.00
(ii) Caj perkhidmatan telah diturunkan dari 8% kepada 6%
(iii) Tempoh bayaran balik untuk pinjaman kedua dan seterusnya dilanjutkan dari 3 tahun ke 4 tahun

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai di bawah:

1. Cik Ajri Zarith Nur Ahmad  
phonebottom Telefon : 04-6340111 Samb. 159   
fax Faks : 04-6426916
 
2. Puan Mazlinda Ahmad / Encik Suhaidi Abu Bakar/Encik Mohamad Zulhairi b Mohd Haris               
phonebottom Telefon : 04 - 6340111 Samb. 366 / 125 / 182 
fax Faks : 04-6426916

Muatnaik Borang SPH
Muatnaik Risalah SPH

Tags: Usahawan