faq bm contactus bm feedback bm  sitemap bm 
LAIN-LAIN BAHASABM | ENG  
color turqouse  color salmon color lilac   fb icon

UNIT INTEGRITI PDC

KEMASKINI PADA ISNIN, 17 FEBRUARI 2020

Kerajaan telah melaksanakan Program Antirasuah semenjak dari tahun 2004 melalui pelaksanaan Pelan Integriti Nasional diikuti dengan Pelan Transformasi Kerajaan dan sehingga kini melalui Pelan Anti Rasuah Nasional 2019 hingga 2023. Berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013, Kerajaan telah memutuskan supaya Unit Integriti ditubuhkan di semua jabatan kerajaan sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu integriti di semua agensi awam. Pada peringkat permulaan, Pada peringkat awal, PDC telah meletakkan semua program integriti dan antirasuah di bawah Bahagian Komunikasi Korporat

Pada 10 Disember 2018, YAB Tun Dr Mahathir Mohamed, Perdana Menteri telah melancarkan Garispanduan Tatacara Mencukupi di bawah subseksyen (5) seksyen 17A, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Pindaan 2018). Objektif garispanduan yang dikeluarkan ini adalah untuk membantu organisasi komersil memahami kaedah pelaksanaan tatacara mencukupi yang boleh dilaksanakan bagi mencegah perlakuan rasuah dalam aktiviti perniagaan. Pada tahun 2019, satu garis panduan Pengurusan Unit Integriti dikeluarkan bertujuan menjelaskan mekanisme pelaksanaan Unit Integriti serta tanggungjawab pihak yang terlibat bagi memastikan pematuhan terhadap Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 (PP Bil 6 Tahun 2013) sekaligus meningkatkan keberkesanan pelaksanaan Unit Integriti di setiap kementerian, jabatan dan agensi awam, sama ada pada peringkat Persekutuan atau Negeri. Selanjutnya, beberapa Pekeliling Perkhidmatan dan Arahan YAB Perdana Menteri juga telah dikeluarkan dari masa kesemasa.

Bagi merealisasikan visi dan misi YAB Perdana Menteri untuk membenteraskan rasuah dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang berintegriti, PDC telah menubuhkan Unit Integriti berkuatkuasa pada 13 Mei 2019. Berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013, Unit Integriti bertanggungjawab untuk melaksanakan lima (5) fungsi teras seperti berikut:-

1. Tadbir Urus
    Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan;

2. Pengukuhan Integriti
    Untuk menyemai, menginstitusikan dan membudayakan integriti dalam organisasi;

3. Pengesanan dan Pengesahan

  • Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku serta pelanggaran
    tatakelakuan serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil dan
  • Melaporkan perlakuan jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang
    bertanggungjawab.

 4. Pengurusan Aduan
     Menerima dan menguruskan semua aduan mengenai salah laku serta pelanggaran tatakelakuan dalam organisasi;


5. Pematuhan
    Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa

 

CARTA ORGANISASI

Orgazation Chart BM

PROGRAM-PROGRAM UNIT INTEGRITI PDC

Semua jabatan kerajaan termasuklah PDC telah diwajibkan melaksanakan program-program integriti dan antirasuah termasuklah :-

  • Pengurusan Risiko Rasuah - PRR untuk PDC dan anak-anak syarikat milikan PDC;
  • ISO 37001 Anti Bribery Systems untuk PDC dan anak-anak syarikat milikan
  • PDC;
  • Pelan Antirasuah Organisasi dan
  • Pelan Antirasuah Nasional
Bagi pelaksanaan program-program tersebut di atas, PDC telah merancang untuk melaksanakannya secara berperingkat. Bagi peringkat permulaan, PDC telah berkerjasama dengan pihak Malaysia Anti-Corruption Academy (MACA) dan Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) di dalam menyediakan Pengurusan Risiko Rasuah. PDC juga turut dibantu oleh Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Antara objektifnya adalah untuk mengenalpasti risiko di dalam aktiviti PDC bagi membendung gejala rasuah, mengurangkan aduan, meningkatkan perkhidmatan dan kualiti dan sebagainya.

Satu bengkel Pengurusan Risiko Rasuah telah diadakan pada 25/6/2019 hingga 27/6/2019 di mana ianya melibatkan seramai 26 peserta yang diwakili oleh Ketua Bahagian/Unit dan pegawai kanan PDC. Pihak MACA dan SPRM seterusnya akan menjalankan auditan sekali bagi setiap 6 bulan.

The Corruption Risk Management Workshop

The Corruption Risk Management Workshop1

The Corruption Risk Management Workshop2

Hari Integriti Kementerian Hal Ehwal Ekonomi

PDC telah melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada 1 November 2019 bersama agensi-agensi lain di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam usaha meningkatkan kualiti dan integriti sempena dengan Hari Integriti Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang bertemakan ‘Integriti Dijulang Negara Terbilang’.PDC diwakili oleh Cik Noraini Mohamed, Pengurus Unit Integriti bersama ketua-ketua agensi lain turut disaksikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Pn. Latheefa Koya, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ministry of Economic Affairs Integrity Day

AKTIVITI INTEGRITI

 

Sejajar dengan dasar Kerajaan untuk memerangi rasuah, memperbaiki integriti dan melaksanakan urus tadbir dengan baik, PDC telah menjemput pegawai-pegawai dari Pejabat SPRM Pulau Pinang pada 3 Ogos 2020 di Pejabat PDC untuk memberi taklimat mengenai Seksyen 17A Akta SPRM : Liabiliti Korporat yang telah dikuatkuasakan pada 1 Jun 2020. Semua Pengurusan Atasan dan pegawai-pegawai PDC serta Ketua Pegawai Eksekutif dari anak-anak syarikat milikan penuh dan subsidiari PDC telah dijemput menghadiri taklimat ini.



Unit Integriti telah dijemput untuk memberi taklimat kepada kakitangan PDC mengenai  Inisiatif Kerajaan Untuk Meningkat Integriti dan Membenteras Rasuah di sesi Team Building 1 dan 2 masing-masing yang telah diadakan di Hotel Rainbow Paradise, Tanjung Bungah, Pulau Pinang



Bengkel ISO Anti Bribery 37001 Management System telah diadakan di Hotel Seri Malaysia, Bandar Bayan Baru yang dikendalikan oleh pihak SIRIM STD Sdn Bhd pada  4/3/2020 hingga 6/3/2020 yang dihadiri oleh Pengurusan Atasan dan pegawai Kanan PDC.