12 Okt2018
Sistem Pengurusan Aduan
Pelanggan yang dihormati,
PDC sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan untuk memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan.
Sehubungan dengan itu, PDC membuka ruang untuk orang ramai menyalurkan sebarang aduan melibatkan perkhidmatan dan projek-projek PDC.
Pengguna disarankan untuk mengisi Borang Lapor Aduan (Sistem Pengurusan Aduan PDC) untuk tujuan rekod pihak kami dan tindakan selanjutnya.
Untuk makluman tuan/puan juga boleh menyemak status aduan dengan memasukkan No. Kad Pengenalan & No. Rujukan Aduan. (Semak Status Aduan)
Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Puan Noor Haniza (04-6340137).
PDC mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.