faq bm contactus bm feedback bm  sitemap bm 
LAIN-LAIN BAHASABM | ENG  
color turqouse  color salmon color lilac   fb icon

Perutusan Dato' KPE

Kemaskini pada Khamis, 31 Disember 2020
 
DatoMBAK
Selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman web kami. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas minat anda terhadap PDC.

PDC merupakan agensi pembangunan unggul Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipertanggungjawab untuk menerajui pembangunan sosio-ekonomi Negeri, sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat Pulau Pinang.

Sejajar tanggungjawab itu, PDC telah merangka Pelan Strategik bagi tempoh 5 tahun (2019 – 2023), sebuah pelan rancangan tindakan yang komprehensif dan berfokus untuk memastikan PDC terus memainkan peranan penting sebagai pemangkin pembangunan di Pulau Pinang. PDC komited dalam melaksanakan pelan rancangan ini secara teliti dengan sokongan Kerajaan Negeri, pemegang berkepentingan dan rakan kongsi kami.

Kami mengalu-alukan idea dan cadangan anda dalam meningkatkan lagi perkhidmatan kami kepada anda. Anda juga boleh menghubungi kami dengan mudah melalui aplikasi terbaru kami - PDC2U. Sila muat turun aplikasi tersebut melalui Google Play Store, HUAWEI App Gallery dan GAMMA App Store.

 

Sekian, terima kasih.

Dato’ Mohd Bazid Haji Abd Kahar
Ketua Pegawai Eksekutif PDC