Aktiviti
PUSPANITA PDC
KURSUS PENGURUSAN STRESS
Biro Kesihatan, PUSPANITA PDC telah menganjurkan Kursus Pengurusan Stress pada 14 Oktober 2020 bertempat di Bilik AV, PDC yang melibatkan seramai 43 orang ahli PUSPANITA PDC. Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Noor Hafizah bt Abdul Halim, Pegawai Psikologi Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Pulau Pinang.
Objektif utama penganjuran kursus ini adalah untuk menambah pengetahuan berkaitan dengan pengurusan tekanan diri (stress) dengan berkesan melalui pemantapan kaedah pengurusan emosi dan kawalan minda dalam kontek organisasi, berkumpulan dan individu dan seterusnya mewujudkan persekitaran yang lebih positif di tempat kerja dan mengatasi tekanan dalam perhubungan dengan rakan sekerja melalui kemahiran dan kecerdasan emosi & kreativiti diri positif.
Intipati kandungan kursus ini adalah aktiviti Saringan Minda Sihat, kuiz dan sesi soal jawab serta diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah.
BENGKEL PEMANTAPAN SOLAT
Satu Bengkel Pemantapan Solat anjuran PUSPANITA PDC telah diadakan pada 27 Ogos 2020 di Bilik AV, PDC. Seramai 45 orang peserta yang merupakan ahli PUSPANITA PDC telah menyertai ceramah ini dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustazah Fadziyah Yahaya.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah sebagai salah satu usaha PUSPANITA PDC untuk memastikan muslimat melaksanakan ibadah solat mengikut tatacara yang betul dan sempurna.
Ceramah ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan penyampaian cenderahati kepada penceramah. Para peserta amat berpuas hati kerana segala kekeliruan dalam solat telah terjawab. Diharapkan dengan mendapat respon yang positif terhadap bengkel ini peserta akan memperbaiki cara mengerjakan solat dan memantapkan lagi ibadah seharian.
-151f7e9975.jpg)
BengkelPemantapanSolat (1)
-9dcbbba498.jpg)
BengkelPemantapanSolat (2)
-e4d465b3d7.jpg)
BengkelPemantapanSolat (3)
-4674548779.jpg)
BengkelPemantapanSolat (4)
-b19c7f27eb.jpg)
BengkelPemantapanSolat (5)
CERAMAH KESEDARAN WANITA
Satu ceramah Kesedaran Wanita anjuran PUSPANITA PDC telah diadakan pada 24 Ogos 2020 di Bilik AV, PDC. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Datin Arida Binti Abdul Razak, Pengerusi PUSPANITA Negeri Pulau Pinang. Hadir bersama ialah Pengerusi PUSPANITA PDC, YBhg Datin Noorashikin bt Mokhti. Seramai 43 orang peserta yang merupakan ahli PUSPANITA PDC telah menyertai ceramah ini dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Antara topik menarik yang telah disampaikan sepanjang program ini adalah seperti berikut :-
1) Keganasan Rumahtangga & Masalah Seksual Di Kalangan Kanak-Kanak oleh ASP Nor Azmah, Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia, Pulau Pinang.
2) Tanggungjawab Ibu Bapa Kepada Anak oleh Tuan Adam Danish Foo Pegawai dari Penjara Reman Pulau Pinang dan pihak Penjara Reman juga telah membuka booth pameran dengan mempamerkan alatan seperti rotan, tali gantung, baju banduan dan lain-lain.
3) Fasakh dan Hak Isteri Dalam Perkahwinan oleh Tuan Khairul Fahmi dari Khairul Fahmi & Associates.
Ceramah ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan penyampaian cenderahati kepada semua panel penceramah.
-e9c24ee101.jpg)
Ceramah Kesedaran Wanita (1)
-6e18184921.jpg)
Ceramah Kesedaran Wanita (10)
-f447e119a6.jpg)
Ceramah Kesedaran Wanita (11)
-c8ce86b46f.jpg)
Ceramah Kesedaran Wanita (2)
-81845f743a.jpg)
Ceramah Kesedaran Wanita (3)
-ba0c498b27.jpg)
Ceramah Kesedaran Wanita (4)
-ee90ecb056.jpg)
Ceramah Kesedaran Wanita (5)
-a822486840.jpg)
Ceramah Kesedaran Wanita (6)
-72609574e8.jpg)
Ceramah Kesedaran Wanita (7)
-6428d42b81.jpg)
Ceramah Kesedaran Wanita (8)
-e968de22e3.jpg)
Ceramah Kesedaran Wanita (9)
Persatuan Kakitangan Islam PDC - PKI
Selaras dengan objektif Tanggungjawab Social Korporat (CSR) PDC, Persatuan Kakitangan Islam (PKI) telah mengadakan Program Pembelian Baju Raya bersama Anak-Anak Yatim dari Pertubuhan Permata Al-Mahabbah,Nibong Tebal,Pulau Pinang pada 9 Julai 2015, di Mydin Bukit Jambul. Seramai 19 orang anak yatim telah menyertai program ini.
Persatuan Hindu PDC
STAF INDIA PDC SAMBUT HARI PONGGAL
Sempena ini, semua staf kaum India PDC buat julung kalinya telah mengadakan satu majlis sambutan Hari Ponggal pada 20 Januari 2017 di Rumah Kelab Sukan. Mereka yang hadir telah mendapat peluang bagi mengambil bahagian dalam acara memasak ‘ponggal’ iaitu beras bercampur susu dan gula perang sebagai tanda kesyukuran. Sambutan yang penuh meriah dengan beberapa acara kebudayaan dan tradisi ini telah merapatkan lagi silatulrahim di antara semua kakitangan kaum India.
SAMBUTAN HARI THAIPUSAM 2017
Persatuan Hindu PDC ingin penghargaan kepada pihak pengurusan PDC yang telah menghulurkan bantuan kewangan serta semua kakitangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang memberi khidmat dalam menjayakan aktiviti ini.
Kelab Sukan PDC

Kelab Sukan PDC menyertai Gemaputera pada - 14 Mac 2016
KEJOHANAN PING PONG ‘INTER-DIVISION’ PDC & ANAK SYARIKAT
Kejohanan ini telah diadakan pada 5 April 2017 dan berakhir pada 4 Mei 2017. Sebanyak 7 pasukan telah mengambil bahagian. Sambutan untuk pertandingan sangat memberangsangkan kerana setiap pasukan memberi komitmen yang tinggi untuk menjayakan kejohanan ini. Berikut keputusan untuk kejohanan ini :-
Johan : ‘Mixed Division’ iaitu Bahagian Komunikasi Korporat, Kewangan & Pelaburan, Guaman, Perindustrian & PDC Nusabina.
Naib Johan : ‘Mixed Division’ Seksyen-Seksyen Teknikal & Bahagian Pengurusan Harta
Tempat Ketiga : Bahagian Perancangan Fizikal & Pengurusan Tanah / PTSR
Bagi Ahli-Ahli Kelab Sukan PDC yang berminat menceburi sukan ini adalah dialu-alukan untuk turut serta menjalani latihan pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat bermula jam 5.45 petang sehingga 7.15 malam bertempat di Rumah Kelab Sukan PDC.
KEJOHANAN BOLA JARING MAKSAK 2017
KEJOHANAN ORIENTEERING MAKSAK MALAYSIA 2017
KAROM TERBUKA ‘I LOVE UNITY’
Kejohanan Karom Terbuka ‘I Love Unity’ tersebut telah diadakan pada 26 Februari 2017 di Seberang Jaya. Pasukan Karom PDC telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut dan hanya memasuki ke peringkat pusingan kedua. Berikut adalah pemain-pemain pasukan karom yang telah mewakili PDC:-
- Gobinath a/l Sabaratnam (Pengurus Pasukan)
- Sabarul Aswadi bin Abdul Jalil
- Moganraj a/l Letchumanan
- Arumugam a/l Ramasamy
- Selamat bin Puteh
- Vijayan a/l Mahalingam
- Naresh Kumar a/l Sandrasegeran