faq bi contactus bi feedback bi  sitemap 
OTHER LANGUAGESBM | ENG  
color turqouse  color salmon color lilac   fb icon

Management Speeches

TEKS UCAPAN SIDANG MEDIA PENANG GREEN SCHOOL AWARD DAN PENANG KINDY INCENTIVE 2019

PRESS CONFERENCE ON
PENANG GREEN SCHOOL AWARD & PENANG GREEN KINDY INCENTIVE 2019
by YBhg. Dato’ Mohd Bazid Haji Abd Kahar
General Manager, PDC
7 August 2019, Kamar Lembaga PDC


A very good afternoon to everyone. It gives me great pleasure to welcome all of you here for today’s Press Conference on the Penang Green School Award & Penang Green Kindy Incentive 2019.

This year PDC celebrates its Golden Jubilee with the slogan ‘Spearheading Growth’. In conjunction with its 50th Anniversary celebration, several events are being organised by PDC. One of the events is the Penang Green School Award & Penang Green Kindy Incentive 2019 which is jointly organised with Penang Green Council.

1) PENANG GREEN SCHOOL AWARD

For your information, the Penang Green School Award 2019 is an environmental audit program for Primary and Secondary Schools in Penang, launched by the State Government in 2010. This programme aims to educate schools on environmental management and instill the love for the environment among students. There are 4 criteria evaluated in by the Penang Green School Awards namely Resource Efficiency (Energy Conservation, Water Conservation and 3R), Innovation & Creativity, Cleanliness & Greening and Community Involvement.

2) PENANG GREEN KINDY INCENTIVE

Green Kindy is an audit program for kindergartens in Penang, aimed to instill awareness among kids ranging from 4-6 years old to care for the environment. The self-assessment questionnaire for the audit will be helpful for kindergarten teachers to start up the environmental education. This program is dedicated to nurture young kids to adapt environment-savvy lifestyle. This is a new programme launched in January 2019 and we are honoured to announce that PDC is the first state government agency to co -organise this programme with Penang Green Council.

The main reason PDC is involved in these programmes with Penang Green Council -it is in line with the State Government’s vision of “Penang 2030 : A Family-focused Green and Smart State to Inspire the Nation” and also with PDC’s Strategic Plan and vision to develop our Third Township, Bandar Cassia, Batu Kawan into a Smart Eco-City. We believe nurturing and inculcating the appreciation for nature and the awareness of the environment starts from young. The younger the better – just like nurturing a plant, it starts from its seedling.

PDC, as the premier development agency for the state of Penang, is ever conscious of climate change and the importance of preserving and nurturing nature within midst of a sustainable development. Thus, other than being involved in such programmes like these, we are also targeting our projects to be Green Building Certified.

PDC is sponsoring a certain amount in trophies and prizes for both programmes i.e. – The Penang Green School Awards – State Level and Penang Green Kindy Award.
I believe that this initiative will lead the State to be a Green State in the near future. We hope that our involvement in this event will inspire more people to strive for a sustainable and liveable city by providing cleaner, greener, safer and healthier living environment for all status of society in Penang.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SPEECH BY JOSEPHINE TAN MEI LING, GENERAL MANAGER OF PENANG GREEN COUNCIL ON 7TH AUGUST 2019.



Good afternoon ladies and gentlemen, a very warm welcome to all of you.

First of all, I would like to congratulate Penang Development Corporation (PDC) on their 50th year anniversary celebration this year. We welcome PDC on board as our co-organiser for two of Penang Green Council’s programmes which are Penang Green School Award and Penang Green Kindy Incentive. On behalf of Penang Green Council, I am very glad and it’s my honour to be here today to express my gratitude to PDC in sponsoring cash prizes for these two projects.

The Penang Green School Award Programme is an annual environmental audit programme for both primary and secondary schools. This flagship programme has been the ground for environmental education in Penang. We evaluate schools based on the 4 basic criterias outlined in our assessment, which are Resource Efficiency, Innovation and Creativity, Cleanliness and Greening, and Community Involvement.

This award programme is assessed in two levels, the District Level and the State Level. The District Level audit is carried out by both local councils (MBPP & MPSP) at their respective zones and the State Level audit is carried out by Penang Green Council.

We have seen a significant rise in the numbers of participating schools from both Penang Island and Seberang Perai, from 54 schools in 2010 to 241 schools in 2019. Typically, a student spends almost half of his day in the classroom. By incorporating green and sustainable practices, schools are able to create a healthy and conducive learning environment for everyone. In the long run, the school management will see a reduction in operating cost while playing an important role as a catalyst to promote environmental conservation.

The success of Penang Green School Award Programme has carved a path for Penang Green Council (PGC) to bring a new green project which is Penang Green Kindy Incentive Programme. It is an environmental audit program for kindergartens in Penang, launched early this year. Top 10 kindergartens with the highest results will receive an incentive of RM500 which will be presented during our Green Pinang Award Presentation Ceremony 2019 this coming November.

In line with the 17 Sustainable Development Goals (SDGs), Penang Green School Award and Penang Green Kindy Incentive not only echoes to Goal 13 (Climate Action) but also holistically incorporates other SDGs goal, such as Goal 6 (Clean Water and Sanitation), Goal 7 (Affordable and Clean Energy), Goal 9 (Industry, Innovation and Infrastructure), Goal 11 (Sustainable Cities and Communities), and Goal 12 (Responsible Consumption and Production).

By incorporating the SDGs into the Penang Green School Award and Penang Green Kindy Incentive, local communities are able to receive environmental education and awareness either directly or indirectly. This is important and essential to create a paradigm shift towards a more sustainable nation by taking practical climate actions.

Last but not least, I welcome PDC on board to join forces with us for a good cause. Together, we can make Penang a Cleaner, Greener, Safer, Healthier & Happier State.

Thank you

TEKS UCAPAN TIMBALAN KETUA MENTERI 1 BAGI MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA SUKAN TRADISIONAL MINI GEMAPUTERA 2019

YB DATO’ IR HJ AHMAD ZAKIYUDDIN ABDUL RAHMAN
TIMBALAN KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG

YBHG. DATO’ MOHD BAZID BIN HAJI ABD KAHAR
PENGURUS BESAR
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG (PDC)

ENCIK MOHD HILMI
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR
WAKIL PENGERUSI GEMAPUTERA 2018-2020

KETUA-KETUA JABATAN DARI SETIAP PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI (SEDC) & UDA HOLDINGS BERHAD

DIF-DIF KEHORMAT

PIHAK PENGURUSAN PDC

ENCIK ZULKIFLI BIN ISMAIL
PENGERUSI SUKAN TRADISIONAL MINI GEMAPUTERA 2019

AJK SUKAN TRADISIONAL MINI GEMAPUTERA 2019

PIHAK PERTUBUHAN AMANAH WARISAN MELAYU PULAU PINANG (PEWARIS)

WAKIL JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAAN PULAU PINANG (JKNN)

PENGURUS-PENGURUS PASUKAN & PARA PEMAIN SETIAP AGENSI
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN

ALHAMDULILAH BERSYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH S.W.T KERANA DENGAN DENGAN LIMPAH DAN KURNIANYA MAKA DAPATLAH KITA BERSAMA-SAMA BERKUMPUL PADA MALAM YANG PENUH BERMAKNA INI UNTUK MERAIKAN MAJLIS PENGHARGAAN MAKAN MALAM SEMPENA KEJOHANAN SUKAN TRADISIONAL MINI GEMAPUTERA PULAU PINANG 2019
UNTUK MAKLUMAN PADA HADIRIN SEKALIAN, SEMPENA ULANGTAHUN PDC YANG-50 PADA TAHUN INI, PDC TELAH DILANTIK UNTUK MENJADI TUAN RUMAH BAGI PENGANJURAN SUKAN TRADISIONAL MINI GEMAPUTERA 2019. BAGI KEJOHANAN PADA KALI INI, PDC TELAH BERJAYA MENGUMPULKAN 10 PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI DARI PERLIS, KEDAH, PERAK, SELANGOR, JOHOR, KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG DAN JUGA UDA HOLDINGS BERHAD TERMASUK TUAN RUMAH IAITU PDC. WALAU BAGAIMANAPUN, SEDC DARI SARAWAK, SABAH, MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN TIDAK DAPAT MENGAMBIL BAHAGIAN DISEBABKAN OLEH PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN.
SAYA DIFAHAMKAN JUGA, BAHAWA TEMASYA SUKAN TRADISIONAL INI BERLANGSUNG SELAMA 3 HARI MULAI 26 JULAI 2019 HINGGA 28 JULAI 2019 DI MANA 6 ACARA SUKAN TRADISIONAL DIPERTANDINGKAN IAITU GALAH PANJANG, SEPAK RAGA RATUS, BATU SEREMBAN, CONGKAK, DAM AJI GERGASI DAN NYANYIAN LAGU IRAMA MALAYSIA. SEBANYAK TIGA (3) LOKASI BERLAINAN DIGUNAKAN IAITU ARENA SUKAN AZMAN HASHIM, USM, PERKARANGAN KONKOS TINGKAT 3, KOMTAR DAN KAWASAN ATRIUM DI PEJABAT PDC DAN SERAMAI LEBIH KURANG 400 PESERTA DAN PEGAWAI MENGAMBIL BAHAGIAN.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PESERTA YANG TELAH TERLIBAT DENGAN ACARA YANG DIPERTANDINGKAN DAN MEMERIAHKAN SUKAN TRADISIONAL TERSEBUT.
OLEH YANG DEMIKIAN, SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN PADA MALAM INI, PIHAK SAYA DIMAKLUMKAN BAHAWA PADA MALAM INI PDC TELAH MENYEDIAKAN HIDANGAN YANG ISTIMEWA DENGAN MEMBAWA MAKANAN YANG TERKENAL DI PULAU PINANG. JADI, JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA UNTUK MENIKMATI JUADAH YANG DISEDIAKAN.

SEBELUM SAYA MENGAKHIRI UCAPAN, SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI JUGA UNTUK MERAKAMKAN SEKALUNG TAHNIAH SEKALI LAGI DAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA DATO’ PENGURUS BESAR PDC DAN BARISAN AHLI JAWATANKUASA YANG TELAH BERTUNGKUS-LUMUS DI DALAM MEMASTIKAN PROGRAM INI BERJALAN DENGAN LANCAR DEMI MENAIKKAN NAMA NEGERI PULAU PINANG DI PERINGKAT KEBANGSAAN.
AKHIR KATA, SAYA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA KONTINJEN SEDC YANG TURUT SERTA DALAM MENJAYAKAN EDISI KEJOHANAN PADA KALI INI. DIHARAP KEJOHANAN INI AKAN MENJADI SATU LANDASAN BAGI MERAPATKAN LAGI SILATURRAHIM DAN KERJASAMA DENGAN SEMUA AGENSI.

SELAIN ITU, IA JUGA MERUPAKAN WADAH KESIHATAN YANG BERSIFAT PERPADUAN DAN DISIPLIN DIRI DI KALANGAN PARA PESERTA.

DENGAN INI, SAYA SECARA RASMINYA MERASMIKAN PENUTUPAN KEJOHANAN SUKAN TRADISIONAL MINI GEMAPUTERA PULAU PINANG 2019. SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI LAIN KEJOHANAN.

SAYA SUDAHI DENGAN WABILLAH HITAUFIK WALHIDAYAH WASSALAM MUALAIKUM WARRAHMATULLAH HIWABARAKATUH.

TERIMA KASIH

WELCOME SPEECH BY YG BHG DATO’ ROSLI JAAFAR, GENERAL MANAGER OF PENANG DEVELOPMENT CORPORATION AT OPENING OF GBS@MAYANG AND MSC MALAYSIA CYBERCENTRE STATUS RECOGNITION ON 6TH DECEMBER 2018 (THURSDAY) AT GBS @ MAYANG

UCAPAN YB. PROF. DR. P. RAMASAMY SEMPENA MAJLIS PECAH TANAH PROJEK PENEMPATAN SEMULA LADANG BYRAM PADA 21 JANUARI 2018

UCAPAN YB. PROF. DR. P. RAMASAMY
SEMPENA MAJLIS PECAH TANAH
PROJEK PENEMPATAN SEMULA LADANG BYRAM
PADA 21 JANUARI 2018, JAM 9.00 PAGI

Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Rashid Bin Hasnon,
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang

Yang Berhormat Tuan Jagdeep Singh Deo
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

Yang Berhormat Dato' Mansor Bin Othman
Ahli Parlimen Nibong Tebal

Yang Berhormat Tuan Soon Lip Chee
ADUN Jawi

Yang Berbahagia Dato’ Rosli Jaafar
Pengurus Besar PDC

Rakan-rakan media

Para hadirin sekalian

Selamat pagi dan salam sejahtera. Saya berasa amat berbesar hati kerana pada pagi ini saya akan merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Penempatan Semula Penduduk Ladang Byram.

Sebagai latar belakang untuk projek ini, Kerajaan Negeri telah mengambilalih tanah sekitar seribu ekar sejak tahun 1990-an di Byram, Nibong Tebal bagi tujuan termasuk tapak pelupusan sisa pepejal Pulau Burong. Pada tahun 1995, 19 keluarga Ladang Byram telah terpaksa berpindah. 13 keluarga telah berpindah ke tempat luar dari Ladang Byram manakala 6 keluarga lagi telah berpindah ke tempat lain di dalam Ladang Byram juga.

Pada 31 Oktober 2012, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah menandatangani satu perjanjian dengan Syarikat PLB Terang Sdn Bhd untuk mengurus dan membangunkan tapak pelupusan sampah Pulau Burung Fasa III selama 20 tahun.

Pembangunan Fasa III memerlukan seramai 59 keluarga untuk berpindah. Bilangan ini adalah termasuk 6 keluarga yang telah berpindah pada tahun 1995 di dalam Ladang Byram juga tetapi tidak termasuk 13 keluarga yang telah berpindah ke tempat lain di luar Ladang Byram. Selain itu, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Byram dan sebuah Kuil Hindu (Kuil Dewa Sri Maha Kaliamman, Sri Muniswarar Aalayam) mesti dipindahkan kerana kesemuanya adalah terjejas dalam syarat zon penampan dalam radius sebanyak 500 meter dari tapak pelupusan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Bagi menyelesaikan masalah ini, Jawatankuasa Task Force Penempatan Semula Penduduk, Kuil dan Sekolah Ladang Byram telah ditubuhkan dengan saya sebagai pengerusi dan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan sebagai Urusetia.

Task Force telah berkerjasama semua jabatan yang terlibat dan dengan ADUN Jawi, JKKK dan penduduk-penduduk Ladang Byram bagi mengenalpasti keperluan mereka. Task Force telah menetapkan cadangan bahawa Kerajaan Negeri harus mendirikan perumahan bagi penduduk, bangunan baru bagi Sekolah Tamil dengan padang dan tanah bagi Kuil Hindu di satu tapak baru yang berhampiran dengan lokasi Ladang Byram.

Dengan demikian, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada 28 September 2016 telah bersetuju agar Kerajaan Negeri menanggung kos tanah dan kos pembangunan bagi tapak penempatan semula penduduk, kuil dan sekolah Tamil Ladang Byram di Lot 7578, Seberang Perai Selatan dengan keluasan 8.75 ekar.Kerajaan Negeri telah mengambilalih lot 7578 dengan kos RM 3.8 juta.

Kerajaan Negeri sedang mengadakan rundingan terus dengan Syarikat Mapahill Development Sdn Bhd untuk melaksanakan Projek Penempatan Semula Ladang Byram bagi menggantikan kuota rumah kos rendah yang perlu dibina oleh syarikat ini di Taman Berjaya, Seberang Perai Selatan. Mapahill Development Sdn Bhd mempunyai pengalaman yang baik dalam pembangunan hartanah sejak tahun 2002. Pemegang saham Mapahill iaitu Jasmurni Development Sdn Bhd, Mentari Berseri Sdn Bhd dan Aman Setia Sdn Bhd telah menyiapkan sejumlah 50 projek dengan nilai projek RM3 Bilion termasuk Puchong Business Centres for IOI Bhd, Setia Welcome Centre, SPICE untuk Eco Meridian Sdn Bhd dan pembinaan Taman Ilmu Indah di Nibong Tebal.

Kerajaan Negeri juga telah melantik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang mempunyai kepakaran dan pengalaman sebagai Pengurus Projek ini.

Projek ini akan merangkumi komponen-komponen iaitu:-

I. bangunan dua tingkat untuk SJKT Ladang Byram dengan keluasan tanah 2.01 ekar;

II. padang bola sepak dengan keluasan 1.0 ekar;

III. Kuil Hindu dengan keluasan tanah 0.22 ekar;

IV. 76 unit rumah kluster kos rendah satu tingkat dengan keluasan hampir 706 kaki persegi setiap unit.

Kerajaan Negeri menganggarkan kos pembangunan projek ini adalah adalah sekitar RM 15 juta. Saya ingin menyatakan beberapa perkara yang penting di sini. Yang pertamanya adalah Kerajaan Negeri langsung tidak mahu kehilangan sebarang Sekolah Tamil di Pulau Pinang. Sebab itulah kami memindahkan Sekolah Tamil Ladang Byram ke tapak 2.01 ekar baru dan juga bersebelahannya adalah padang sekolah berukuran 1 ekar. Luas sekolah ini sekarang adalah sekitar 1 ekar.

Para hadirin mesti terbaca dalam suratkhabar bahawa di negeri lain terdapat Kuil yang dirobohkan tanpa perundingan dengan Jawatankuasa Kuil. Tetapi Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa mengambil jalan penyelesaian yang baik dalam menyelesaikan isu-isu Kuil Hindu dan rumah ibadat yang lain. Kuil Hindu Ladang Byram tetap akan dipindahkan ke tapak 0.22 ekar baru.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah amat prihatin dan berusaha untuk membawa kemakmuran kepada semua. Kami tidak mengabaikan penduduk Ladang Byram yang majoritinya adalah masyarakat India. Kerajaan Negeri telah pun memberi pampasan kewangan termasuk elaun pindah kepada penduduk Ladang Byram juga telah membantu beberapa keluarga untuk menyewa di Perumahan Kerajaan Negeri di Jawi III.

Unit rumah kos rendah baru ini akan ditawarkan kepada 59 keluarga yang tinggal di Ladang Byram sekarang. Selain itu, keutamaan juga akan diberikan untuk menawarkan unit kos rendah baru ini kepada 13 keluarga yang telah berpindah keluar dari Ladang Byram pada tahun 1995.

Para hadirin sekalian, keprihatinan Kerajaan Negeri tidak terhenti di Ladang Byram sahaja. Kerajaan Negeri juga meneruskan rancangan perumahan untuk penduduk Ladang Kalidonia yang tentatifnya akan mengandungi 136 unit rumah klaster core house 1 tingkat dan projek perumahan untuk penduduk Ladang Victoria yang tentatifnya akan mengandungi 72 unit rumah jenis Rumah Pangsa 3 Tingkat.

Saya percaya Projek Penempatan Semula Ladang Byram adalah anugerah Kerajaan Negeri kepada penduduk Ladang Byram dan masyarakat India Pulau Pinang secara umumnya. Projek ini akan menjadi pemangkin di persekitaraan kawasan Nibong Tebal.

Saya dengan ini merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Penempatan Semula Penduduk Ladang Byram.

Sekian, terima kasih.

Speech by Dato’ Rosli Jaafar, General Manager, PDC at the Batu Kawan SME Village Phase 4A Launching Programme on 12 DEC 2017 at 10.00 am at PDC Sales Gallery, Batu Kawan.


Salutation

SME Entrepreneurs and Investors,
PDC Management and Staff Members of the Media,
Ladies and Gentlemen,

Firstly, I bid you all a warm welcome to the launching programme of our Batu Kawan SME Village Phase 4A, which is build to meet the continuous demand from SMEs, and which comprises 20 units of semi-detached factory units.

I am pleased to inform that the contract has been awarded and the construction of the project will take about 18 months ( from 16 October 2017 – 15 January 2019). The pricing of the units ranges from RM3,746,000  (intermediate) to RM3,866,000 (corner).

This pricing is very reasonable in view of the strategic location in the Batu Kawan Industrial Park, with good logistics and connectivity, as well as close proximity to the Bayan Lepas Industrial Park and the airport and seaport, via the second Penang Bridge and North South highway.

As you are aware, PDC’s satellite township of Batu Kawan is poised to be the new growth centre for Penang, whereby international brands are flourishing. In Batu Kawan, we have the RM250 million Design Village Penang, with branded goods like Ralph Lauren, Adidas, Coach and Clark, we have quality education ie KDU Penang University College is setting up a brand new 10-acre flagship campus, and we also have the RM600 million IKEA Store opening in 2019.

Many MNCs have also set up their base in Batu Kawan Industrial Park, among which are Boston Scientific Medical Device, USA; Broadcom USA;  Sunningdale Tech, Singapore; BOSE, USA and Malaysian Automative Lighting (MAL), Germany.

Ladies and Gentlemen, Penang has long been recognised as a State that emphasizes on SME development.  Although FDIs are important to Penang and have been instrumental in promoting industrial development in the State, SMEs are equally important as they provide the much sought after ancillary and support services to the MNCs.  Today, the availability of supply chain or ancillary and support services is an important determining factor for FDIs in selecting the location for their investments. 

The State of Penang and PDC have a 3-prong approach to SME development as follows:-
  • Establishing SME Market Advisory, Resource and Training (SMART) Centre, which many Penang SMEs today have access to its services and facilities;
  • Construction of Penang SME Centre to incubate local start-ups and provide space for SMEs that cannot not afford to have their own facility;
  • Developing SME villages to provide ready-built factories and small industrial land plots within the industrial park.
In line with this, PDC has identified 150 acres of and in Batu Kawan, earmarked as Batu Kawan SME Village, which has been developed into phases.  The SME Village is strategically located, in close proximity with existing and new MNCs, thus enabling and supporting the just-in-time (JIT) concept practiced by most companies.  The SME Village will lower the cost of doing business for both SMEs and MNCs and at the same time enhance SMEs’ resources, putting them on par with global suppliers.

Phase 1 of the Batu Kawan SME Village consists 27 factory land plots which have already sold out, and 44 ready built factory units (4 semi-detached units and 40 terrace units) which have been completed and obtained CCC in March 2017. Of these 44 ready build factory units, all have also been sold off except for 1 terrace unit costing RM1.056 million still available for sale. Phase 2 consists 17 factory land plots which have also been sold out.

I wish to invite Interested SMEs or investors to contact our PDC Industry Division, or you can also download the application forms from PDC website www.pdc.gov.my. For those who are interested, our Industry Division staff will take you for a site visit to the Batu Kawan SME Village Phase 1, which is only a short distance away, after the launching to view the ready Semi-D factory unit.

With this, I now have the pleasure to officially launch PDC’s Batu Kawan SME Village Phase 4A.  

Thank you.

UCAPAN YB DATO’ HAJI MOHD RASHID BIN HASNON TKM1, SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN RASMI PENYIAPAN KERJA-KERJA PENGECATAN SEMULA BLOK 72

UCAPAN YB DATO’ HAJI MOHD RASHID BIN HASNON,
TIMBALAN KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN RASMI PENYIAPAN KERJA-KERJA PENGECATAN SEMULA
BLOK 72, JALAN TENGAH, BAYAN BARU,PULAU PINANG
PADA 16 APRIL 2016

YB/Dato’/Tuan/Puan,

Saya berasa amat berbangga dan bersyukur kerana pada hari yang penuh bermakna ini, kita sama-sama berhimpun untuk sama-sama meraikan upacara penyerahan rasmi penyiapan kerja-kerja pengecatan semula untuk rumah pangsa Blok 72, Jalan Tengah, Bayan Baru.
Untuk makluman YB/Dato’/Tuan/Puan, blok ini merupakan projek pengecatan semula yang ke-13 yang telah siap dilaksanakan oleh PDC pada bulan Januari tahun ini melalui kaedah perkongsian kos di antara tiga pihak iaitu PDC, pemilik-pemilik unit melalui Perbadanan Pengurusan (MC) Blok 72 dan bantuan peruntukan daripada Kerajaan Negeri. Kerjasama ini telah membuahkan hasil sepertimana yang dapat kita saksikan pada hari ini.  Di dalam hal ini, saya ingin mengucapkan syabas kepada kesemua pihak yang telah bekerjasama untuk berjaya merealisasikan inisiatif ini.
 
Blok 72 ini merupakan satu antara 17 blok di Jalan Tengah yang  telah dibina oleh PDC pada tahun 1985 dan merupakan bangunan 12 tingkat dengan sejumlah 119 unit kediaman. Sebagai pematuhan kepada kehendak Akta Hakmilik Strata 1985, blok ini telah diserahkan oleh PDC kepada Perbadanan Pengurusan (MC) untuk pengurusan dan penyelenggaraan pada 26 Mac 2005.
Seperti YB/Dato’/Tuan/Puan sedia maklum, sejak tahun 2011, pihak PDC telah memperkenalkan suatu insentif untuk menawarkan pelaksanaan kerja-kerja pengecatan semula berasaskan kaedah perkongsian kos 80/20 untuk semua bangunan kediaman bertingkat PDC yang telah diserahkan kepada MC. PDC melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) akan menanggung 80% dari jumlah kos pengecatan semula manakala baki 20% lagi akan ditanggung oleh MC blok masing-masing.

Walaubagaimanapun, projek PDC di Jalan Tengah ini yang merangkumi 14 “Slab Block” ( 5 tingkat) dan  3 “Point Block” (12 tingkat) adalah lebih istimewa sebab polisi pengecatan semula ini adalah berdasarkan 80/10/10 di mana pihak MC hanya perlu menanggung kos 10% sahaja, manakala baki 10% akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri. Bagi Blok 72 ini, kos keseluruhan untuk kerja pengecatan semula ini adalah berjumlah RM147,000. Dalam hal ini, PDC telah  menanggung 80% kos yang berjumlah RM117,600,  manakala baki bahagian 20% adalah dikongsi  antara MC dan Kerajaan Negeri sebanyak RM14,700 masing-masing. Kerja-kerja pengecatan semula bagi blok ini telah bermula pada 3 November 2015 dan siap sepenuhnya pada 2 Januari 2016, dengan mengambil tempoh pelaksanaan selama dua (2) bulan.      
          
Di sini, saya ingin sekali lagi menyeru MC-MC yang lain dalam kawasan pembangunan Jalan Tengah ini agar mengambil tawaran perkongsian kos yang disediakan oleh PDC dan Kerajaan Negeri. Inisiatif ini merupakan kaedah yang terbaik untuk  MC supaya berganding bahu dengan pihak PDC dan Kerajaan Negeri untuk sama-sama menikmati premis yang lebih selesa dan cantik. Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian oleh pihak MC ialah dengan imej dan wajah baru yang diperolehi selepas bangunan dicat semula, nilai pasaran unit-unit di projek perumahan mereka akan terus meningkat. Ini telah dibuktikan bagi projek-projek perumahan PDC lain yang telah dicat semula.

Akhir kata, saya dengan perasaan sukacita dan besar hati, dengan ini merasmikan penyerahan penyiapan kerja-kerja pengecatan semula rumah pangsa Blok 72, Jalan Tengah, Bayan Baru, Pulau Pinang.  

Sekian, terima kasih.