faq bi contactus bi feedback bi  sitemap 
OTHER LANGUAGESBM | ENG  
color turqouse  color salmon color lilac   fb icon

CM Speech

TEKS UCAPAN YAB KETUA MENTERI SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SUKAN TRADISIONAL MINI GEMAPUTERA 2019

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG, YAB TUAN CHOW KON YEOW
SUKAN TRADISIONAL MINI GEMAPUTERA 2019
ANJURAN PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG (PDC)
PADA 27 JULAI 2019
JAM 9:00 PAGI
KONKOS TINGKAT 3, KOMTAR

YBHG. DATO’ MOHD. BAZID BIN HAJI ABDUL KAHAR
PENGURUS BESAR
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG (PDC)

KETUA-KETUA JABATAN DARI SETIAP PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI NEGERI (SEDC)

DIF-DIF KEHORMAT

PIHAK PENGURUSAN PDC

ENCIK ZULKIFLI BIN ISMAIL
PENGERUSI SUKAN TRADISIONAL MINI GEMAPUTERA 2019

AJK SUKAN TRADISIONAL MINI GEMAPUTERA 2019

PERTUBUHAN AMANAH WARISAN MELAYU PULAU PINANG (PEWARIS)

JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN PULAU PINANG (JKNN)

PENGURUS-PENGURUS PASUKAN & PARA PEMAIN SETIAP AGENSI
PARA PENGAMAL MEDIA
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN

SALAM SEJAHTERA & SELAMAT PAGI


Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih dan syukur kerana dapat bersama-sama berkumpul pada pagi yang penuh bermakna ini bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Tradisional Mini Gemaputera Pulau Pinang 2019.

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

Saya dimaklumkan bahawa Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah dilantik untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran sukan tradisional mini gemaputera pada tahun ini, Kejayaan tersebut merupakan suatu pencapaian bagi PDC terutamanya sempena sambutan Ulang Tahun Ke-50 PDC tahun ini.

Secara ringkas mengenai latar belakang PDC yang menjadi badan penting dalam pembangunan ekonomi negeri. PDC sentiasa berperanan dalam memastikan keseimbangan pembangunan antara pulau dan Seberang Perai negeri Pulau Pinang.

Dilihat akan peranan PDC sejak penubuhannya, Bayan Baru dimajukan pada tahun 1970, begitu juga Seberang Jaya di Seberang Perai pada 1972. Kejayaan kedua-dua bandar ini termasuk kawasan perindustriannya telah membuktikan satu kejayaan besar untuk Kerajaan Negeri dan rakyatnya. Aktiviti ekonomi serta kesan limpahannya telah meningkatkan peluang pekerjaan serta nilai hartanah.

Dalam memastikan pembangunan di Seberang Perai tidak tercicir dan seiring dengan pembangunan di sebelah pulau, PDC pada tahun 1990 telah mengenal pasti Bandar Cassia, Batu Kawan yang terletak di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) sebagai salah satu kawasan pembangunan baru. Ianya mula dibangunkan secara berperingkat pada tahun 1991. Bandar Cassia, Batu Kawan merupakan bandar ketiga dibangunkan oleh PDC selepas bandar Bayan Baru di bahagian pulau dan bandar Seberang Jaya di Daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

Berlandaskan ini, PDC akan terus berperanan dalam menggalakkan pertumbuhan Seberang Perai sebagai destinasi terpilih untuk didiami, bekerja, belajar dan beriadah.

Malah, catatan pelaburan berjumlah RM8.85 bilion bagi sektor pembuatan pada suku tahun pertama (Q1: Januari – Mac) tahun ini (2019) berjaya meletakkan Pulau Pinang di kedudukan teratas berbanding negeri-negeri lain di Malaysia yang secara tidak langsung mencerminkan kesungguhan PDC dalam mencorak landasan pembangunan ekonomi negeri ini.

SAUDARA DAN SAUDARI SEKALIAN,

Tidak dinafikan, sukan tradisional kian dilupakan, justeru penganjuran pada hari ini adalah sebagai sebahagian inisiatif bagi menarik semula minat masyarakat umum terutamanya dalam mengimbas kembali nostalgia permainan tradisional dan serentak itu menghidupkan kembali sebahagian fabrik sosial masyarakat pada suatu ketika dahulu.

Sebagai makluman semua, bagi kejohanan kali ini, PDC berjaya mengumpulkan 10 pasukan membabitkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri dari Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan UDA Holdings Berhad selain tuan rumah PDC.

Temasya sukan tradisional ini berlangsung selama tiga (3) hari iaitu mulai 26 Julai hingga 28 Julai yang mana enam (6) acara sukan tradisional dipertandingkan termasuk galah panjang, sepak raga ratus, batu beremban, congkak, dan haji gergasi dan nyanyian lagu Irama Malaysia.

Acara-acara tersebut akan berlangsung di tiga (3) lokasi iaitu Arena Sukan Azman Hashim, USM; perkarangan konkos Tingkat 3, Komtar dan kawasan atrium, ibu pejabat PDC dengan penyertaan kira-kira 400 peserta secara keseluruhan.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat dan komited untuk mengambil bahagian di dalam penganjuran ini.

Sebelum saya mengakhiri ucapan pada pagi ini, ingin saya mengambil kesempatan untuk merakamkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada Pengurus Besar PDC, Dato’ Mohd. Bazid Abdul Kahar serta barisan ahli jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus memastikan penganjuran ini berjalan lancar.

Dalam pada itu, saya juga ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua peserta. Diharap kejohanan ini akan menjadi satu landasan bagi merapatkan silaturahim dan kerjasama sedia terjalin selain menjadi wadah kesihatan bersifat perpaduan serta disiplin diri dalam kalangan barisan peserta.

Dengan ini, sukacita saya merasmikan Kejohanan Sukan Tradisional Mini Gemaputera Pulau Pinang 2019.

Semoga kita berjumpa lagi. Sekian, terima kasih dan selamat berjaya semua!

MEDIA POINTERS FOR YAB CHOW KON YEOW PENANG CHIEF MINISTER FOR MEDIA LAUNCH OF PENANG TECHFEST2020 THE #FUTUREON EDITION AT PENANG DEVELOPMENT CORPORATION, PDC ON 24 JUNE 2019

MEDIA POINTERS FOR
YAB CHOW KON YEOW
PENANG CHIEF MINISTER
FOR MEDIA LAUNCH OF PENANG TECHFEST2020
THE #FUTUREON EDITION
AT PENANG DEVELOPMENT CORPORATION, PDC ON 24 JUNE 2019

Dato’ Ng Wan Peng
Chief Operating Officer of Malaysia Development Corporation, MDEC

Mr Ganesh Kumar Bangah
Chairman of PIKOM

Mr Chin Chee Seong
Chairman of Organizing Committee of WCIT2020 and Penang TechFest2020

Members of Media

Distinguished Guests, Ladies and Gentlemen

A very good afternoon and salam sejahtera,


1. Penang will be hosting the Olympics of conferences in the upcoming September 14-16th 2020, in the global IT industry which will also mean that we get to represent Malaysia on the world stage in technology and this is in line with our efforts to achieve Penang2030 – a family-focused green and smart state. There are 4 main thrusts that Penang2030 is built on and it is crucial that technology plays its roles for Penang to increase livability, to upgrade the economy to raise household income, to empower people to strengthen civic participation and to improve resilience through infrastructure.

2. In conjunction with WCIT2020, we also want to take the opportunity to introduce the inaugural Penang TECHFEST2020 which will be held from the 11 – 20 Sept 2020 throughout Penang. During this ten-days festival, building and streets will be turned into technology showcase sites where networking, competitions, panel discussions and immersive experiences with emerging technology will take place.

3. Through Penang TECHFEST2020, we want to discover what technology holds for us, as we move into the unchartered changes that are due for the future. We want to empower not just the businesses but also the new family, the young, the women and even the mature population to benefit from technology for a better way of life.

4. We are also looking forward to introducing Penang as the capital of innovation of Southeast Asia for startups and digital innovation communities around the world. We want to be known as the place to be for enabling and empowering solutions to better the lives of our citizens.

5. There will be 6 main interest clusters that will be championed in this first edition of Penang TECHFEST2020 under the catchphrase #FUTUREON; a call for everyone to be ready and to embrace what tomorrow brings while working towards ensuring progress is always fulfilling the greater good. The 6 areas are Digital Lifestyle, Ethical Tech, Experiential Tech, Social and Interactive, Business Transformation as well as Urban Innovation.

6. Each and every of these interest clusters will include issues and subject matters that affect our daily lives from how we interact with our surroundings in healthcare, education, rides in the newest self-driving vehicles, IoT powering homes, workplaces and retail to enterprise and business solutions to welcome industry 4.0 so it is imperative that we participate alongside the ecosystem to discuss the resilience of technology and even updates necessary to policies from safety to security to data protection. For leisure, there will also be a spread of interactive play with music, art and food in addition to eSports and eGames that will activate AR/VR/MR into a full experience of reality on our Penang streets.

7. So, watch this spot as there will be ongoing announcements to enrich the programming of Penang TECHFEST2020’s #FUTUREON first edition.

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PDC 2019

UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PDC 2019
24 JUN 2019 (ISNIN)
ATRIUM PDC


Yang Berhormat Dato' Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin Bin Abdul Rahman
Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang

Yang Berhormat Prof. Dr. Ramasamy A/L Palanisamy Timbalan Ketua Menteri 2, Pulau Pinang

Yang Berhormat Ahli-Ahli Exco

Yang Berusaha Encik Mohd Bazid Hj Abd Kahar
Pengurus Besar PDC

Dif-Dif Kehormat & Ahli-Ahli Kpitf Pdc

Pihak Pengurusan Pdc

Encik Nazril Bin Ghulam Hussain
Pengerusi Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019

Ahli-Ahli Jawatankuasa Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019

Para Media, Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian

Selamat tengahari dan Salam Sejahtera,


Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran kerana dengan limpah dan izinnya kita dapat bersama-sama pada hari ini berkumpul dan meraikan sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri PDC 2019.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua para tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis yang penuh bermakna ini. Hari Raya Aidilfitri disambut sebagai kemenangan bagi mereka mengerjakan ibadat puasa Ramadhan dengan sempurna.

Seperti yang kita sedia maklum, Pelan Strategik PDC 2030 melalui penekanan kepada pembangunan modal insan dan penambahbaikan proses seperti nilai diri, kemahiran, keupayaan, ilmu pengetahuan, kemampuan dan kos yang efektif. Nilai kerja ini juga seharusnya kita pertingkatkan dan kekalkan bagi memberi manfaat kepada pengurusan PDC, Kerajaan Negeri dan juga rakyat negeri Pulau Pinang. Selain itu, Pelan Strategik PDC 2030 juga adalah untuk memberi fokus seperti mewujudkan kawasan pertumbuhan baru di Pulau Pinang, meningkatkan nilai-nilai asset PDC dan seterusnya menjadi agen utama pelaksana bagi inisiatif Kerajaan Negeri. Nilai dan semangat bekerja berpasukan yang kukuh ke arah objektif bersama (Solid Teamwork Towards a Common Goal) adalah amat penting bagi mencapai kesemua ini.

Saya percaya bagi merealisasikan Visi Penang2030 dan Pelan Strategik PDC 2030, komitmen dan kerjasama daripada semua penjawat awam sangat diperlukan bagi menjayakan inisiatif-inisiatif yang telah digariskan untuk membentuk Pulau Pinang sebagai negeri yang “family-focus, green and smart state that inspires the nation”.

Selain itu juga, kita juga perlu peka dengan Revolusi Industri 4.0 yang sedang diperkatakan di seluruh dunia yang mana ianya memerlukan semua pihak bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi dan sistem automasi lebih pintar.

Oleh yang demikan, seiring dengan perkembangan dunia supaya kita tidak ketinggalan arus, marilah kita sama - sama berusaha meningkatkan kualiti kerja, bertindak dengan pantas dan berganding bahu bagi merealisasikan dasar negeri dalam pelbagai bentuk projek, program dan inisiatif supaya rakyat di Pulau Pinang dapat menerima manfaat daripadanya.

Para hadirin sekalian,

Saya juga telah dimaklumkan bahawa pihak PDC telah mengadakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang mana satu Majlis Iftar Ramadhan anjuran Persatuan Kakitangan Islam PDC (PKI) telah diadakan. Fokus utama pelaksanaan sambutan majlis berbuka puasa ini bukan sahaja sebagai penghargaan untuk semua ahli-ahli PKI malahan ia bertujuan untuk berkongsi kegembiraan bersama golongan-golongan yang memerlukan.

Selain itu juga, bersempena ulangtahun PDC yang ke-50 pada tahun ini, buat julung kalinya PDC telah mengadakan program pengagihan bubur lambuk kepada orang awam di kawasan Bayan Baru dan sebanyak 500 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada orang awam pada 29 Mei 2019.

Saya juga yakin, dengan usaha dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh semua warga PDC ini akan dapat diperkukuhkan dan dimantapkan lagi serta membuka ruang dan peluang yang cerah kepada PDC untuk menjadi organisasi yang bertaraf antarabangsa setanding dengan organisasi yang lain.

Saya dengan ini, sekali lagi ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri’ kepada semua semua yang hadir pada hari ini dan seterusnya dengan penuh rasa kesyukuran, dengan ini merasmikan ‘MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PDC 2019’.

Sekian, terima kasih.

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA MAJLIS PEMBUKAAN JALAN PSPN 2, NORTH PENANG SCIENCE PARK, MUKIM 13,JURU, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG

OFFICIAL LAUNCH OF GBS@MAYANG AND MSC MALAYSIA CYBERCENTRE AWARD BY YAB CHIEF MINISTER ON 6 DECEMBER 2018

ANNOUNCEMENT CEREMONY – INVESTMENT BY MICRON MEMORY MALAYSIA SDN. BHD IN BATU KAWAN INDUSTRIAL PARK, PENANG

Announcement Ceremony – Investment by Micron Memory Malaysia Sdn. Bhd. In Batu Kawan Industrial Park, Penang
Remarks by Rt. Hon. Chow Kon Yeow, Chief Minister of Penang
Chief Minister’s Office, Level 28, Komtar, Penang
30 November 2018


YANG BERHORMAT EXCO MEMBERS

YANG BERBAHAGIA DATO’ SERI LEE KAH CHOON,
SPECIAL INVESTMENT ADVISOR TO CHIEF MINISTER & DIRECTOR OF INVEST PENANG

YANG BERBAHAGIA DATO’ ROSLI JAAFAR,
GENERAL MANAGER OF PENANG DEVELOPMENT CORPORATION

YANG BERBAHAGIA DATO’ LOO LEE LIAN,
CEO OF INVEST PENANG

MR GURSHARAN SINGH,
SENIOR VICE PRESIDENT MICRON TECHNOLOGY BACKEND OPERATIONS
MR AMRINDER SIDHU,
DIRECTOR OF SINGAPORE LEGAL

MR MOORTHY A/L MURUGAIAH,
DIRECTOR OF MALAYSIA COUNTRY HR

DISTINGUISHED GUESTS

MEMBERS OF THE PRESS

LADIES & GENTLEMEN

Good morning. I am pleased to be present today at the announcement ceremony of investment by Micron Memory Malaysia Sdn. Bhd. at the Batu Kawan Industrial Park. The Penang State Government is pleased that Micron, a US-headquartered MNC which is an industry leader in innovative memory and storage solutions, has selected Penang to be part of their expansion plans.

Penang - A Preferred Hub for Investment
In 2017, Penang recorded the largest FDI inflow of MIDA approved manufacturing FDI among states in Malaysia, valued at RM8.5 billion. Penang is also the second top recipient of total manufacturing investment among states valued at RM10.8 billion. Out of the RM72 billion approved investment recorded from 2008-June 2018, RM14.4 billion or 30% were from US investors, which makes US the largest FDI contributor to the Penang economy. Penang continues to lead in the investment of E&E sector, consistently recording more than 1/3 of the total E&E investments in Malaysia in the period of 2008-2017.

Micron’s RM1.5 billion Investment in Penang
Today, we are proud to announce that Micron will be investing an initial RM1.5 billion in Penang within 5 years to build Micron’s center of excellence for Solid State Drive (SSD) Assembly and Test. The company expects to break ground at Batu Kawan Industrial Park in the first half of 2019, and begin operations within two years. This significant investment is expected to create about 1,000 high value jobs in the E&E sector.

We welcome Micron, a Fortune 500 company to our family in Penang. This further reinforces the position of Penang as the Silicon Island of Asia. As a family member, we assure Micron of the State’s support and commitment to assist in their continued growth in Penang, where many E&E MNCs had successfully celebrated their 45th anniversaries.

Earlier, I have had a fruitful discussion with the Senior Leadership Team from Micron led by Senior Vice President, Mr. Gursharan Singh. State agencies such as InvestPenang and Penang Development Corporation have also worked closely with Micron to facilitate their site selection process in establishing their centre of excellence here in Penang.
It is the State’s commitment to continue to strengthen and deepen our semiconductor and E&E investments in Penang by attracting high technology, high value industry leaders such as Micron. Penang will partake in the development of the Industry 4.0 revolution catalyzed by technological advancements in areas such as the Internet of Things (IoT), big data and cloud.


The State will continue to enhance our talent pool leveraging on the residual intelligence from Penang’s cumulative industrial experience of over 45 years, better synergize our existing business ecosystem, and continue to build on our existing Centre of Excellence for STEM to continue to spur interest among our young generation in STEM. The State will also continue to work in synergy with the Federal Government in ensuring Malaysia continues to tap on our comparative advantages of each state in advancing our economy for the future.

Closing Remark

In closing, I would like to congratulate Micron for this significant expansion here in Malaysia, and Penang is proud to be your destination of choice for this center of excellence for SSD Assembly and Test. We look forward to strengthen the partnership between Micron and Penang, and Micron’s continued success and excellence.

Thank you.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DI ANTARA CIDB MALAYSIA & PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG (PDC) DALAM KUALITI, KESELAMATAN & KESIHATAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG
SEMPENA MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM
PERSEFAHAMAN (MOU) DI ANTARA CIDB MALAYSIA &
PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG (PDC)
DALAM KUALITI, KESELAMATAN & KESIHATAN DALAM
INDUSTRI PEMBINAAN
24 OKTOBER 2018

YB DATO' IR. HJ. AHMAD ZAKIYUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
TIMBALAN KETUA MENTERI (I) PULAU PINANG

YB PROF. DR. P. RAMASAMY A/L PALANISAMY
TIMBALAN KETUA MENTERI (II) PULAU PINANG

YB JAGDEEP SINGH DEO A/L KARPAL SINGH
EXCO PERUMAHAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN PERANCANGAN BANDAR & DESA

YB DATO' SERI FARIZAN BIN DARUS
SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

YB DATO' SARUL BAHIYAH BINTI HAJI ABU
PEGAWAI KEWANGAN NEGERI

YANG DIALU-ALUKAN YANG BERBAHAGIA DATUK IR. ELIAS ISMAIL
PENGURUS BESAR KANAN SEKTOR PEMBANGUNAN TEKNOLOGI, CIDB MALAYSIA

YANG BERBAHAGIA DATO’ ROSLI JAAFAR
PENGURUS BESAR PERBADANAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG (PDC)


PIHAK PENGURUSAN PDC

PIHAK PENGURUSAN CIDB MALAYSIA

RAKAN-RAKAN MEDIA

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN

Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua atas kesudian untuk
bersama-sama pada petang ini untuk Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara CIDB Malaysia & Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) Dalam Kualiti, Keselamatan & Kesihatan Dalam Industri Pembinaan.

Untuk makluman semua, Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) iaitu satu agenda nasional yang holistik dan komprehensif untuk menerajui hala tuju masa depan sektor pembinaan Malaysia. Ianya bertujuan untuk mengubah industri pembinaan melalui teras kualiti, keselamatan dan kemampanan alam sekitar, antaranya telah dikenalpasti untuk merealisasikan dan menegakkan teras dengan meningkatkan integriti dan memperkenalkan sistem penilaian dalam operasi dengan merujuk kepada piawaian.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Dan pada hari ini, pihak PDC akan menandatangani “Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam pelaksanaan Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (Quality Assessment System for Building Construction Works, QLASSIC).

QLASSIC merupakan satu kaedah untuk mengukur kualiti kerja pembinaan berdasarkan standard yang diluluskan. Sistem penilaian kualiti mutu kerja pembinaan ini telah dilancarkan oleh CIDB pada tahun 2006. QLASSIC dilaksanakan berdasarkan standard kualiti pembinaan mengikut Standard Industri Pembinaan (CIS 7: 2014) dan objektif QLASSIC adalah:

• Menanda aras (benchmark) kualiti kemahiran kerja industri pembinaan.
• Menentukan satu sistem penilaian terhadap kualiti kemahiran kerja pembinaan.
• Mentaksir dan menilai kemahiran kerja sesebuah projek pembinaan berdasarkan standard relevant yang diperakui.
• Untuk diguna sebagai kriteria pentaksiran prestasi kontraktor berdasarkan kualiti kemahiran kerja.
• Menyusun dan mengumpul data bagi tujuan analisa statistik.

Saya difahamkan bahawa, CIDB amat komited bagi menjayakan pelaksanaan QLASSIC melalui Program Kursus Kesedaran dan Kursus Latihan Penilai & Penilaian Pengetahuan QLASSIC. Kursus dan latihan ini amat diperlukan untuk memberi kefahaman dan kemahiran kepada pegawai-pegawai Teknikal PDC (Arkitek, Jurutera) supaya dapat melaksanakan projek-projek PDC sedia ada dan masa depan berdasarkan QLASSIC.

Pihak PDC juga sedang bekerjasama dengan CIDB dalam Sistem Penilaian Keselamatan & Kesihatan dalam Pembinaan (Safety and Health Assessment System in Construction, SHASSIC). SHASSIC adalah kaedah untuk menilai prestasi keselamatan dan kesihatan kontraktor dalam sesebuah projek atau kerja pembinaan. SHASSIC dilaksanakan berdasarkan standard keselamatan dan kesihatan mengikut Standard Industri Pembinaan (CIS 10: 2008)

Objektif SHASSIC adalah :

• Untuk menanda aras tahap keselamatan dan kesihatan dalam industri pembinaan.
• Untuk membentuk suatu sistem standard mengenai penilaian keselamatan dan kesihatan dalam industri pembinaan.
• Untuk menilai prestasi kontraktor dalam ehwal keselamatan dan kesihatan berdasarkan standard ini.
• Untuk menilai prestasi kontraktor dalam ehwal keselamatan dan kesihatan di tapak kerja.
• Untuk menambah baik dan mengambil langkah pembetulan perlu berkaitan prestasi dan pengurusan OHS di tapak kerja.
• Untuk menyusun dan mengumpul data bagi tujuan analisa statistik.

Perkara ini adalah selaras dengan agenda Construction Industry Transformation Program (CITP) 2016-2020 untuk mengubah industri pembinaan menjadi produktif, mampan alam sekitar, dengan syarikat-syarikat yang kompetitif di peringkat global sambil memberi tumpuan kepada standard keselamatan dan kualiti.

Saya percaya bahawa melalui MOU ini, CIDB akan memberikan kerjasama dan sokongan kepada PDC dalam beberapa aspek, antaranya:

• Pelaksanaan penilaian QLASSIC/SHASSIC ke atas penyeliaan bangunan/perumahan baru PDC.
• Pengesahan skor QLASSIC projek-projek PDC.
• Menyediakan latihan QLASSIC/SHASSIC untuk meningkatkan pengetahuan kakitangan teknikal PDC.
• Memberikan garis panduan mengenai perkara-perkara yang berkaitan QLASSIC/SHASSIC dalam spesifikasi kontrak, termasuk garis panduan untuk mengawal kualiti keselamatan kerja kontraktor.

Majlis menandatangani MOU ini juga dapat meningkatkan lagi kerjasama antara PDC dan CIDB. MOU yang akan ditandatangani pada hari ini juga menzahirkan komitmen PDC ke arah kualiti pembinaan yang lebih baik dan saya berasa amat bangga bahawa PDC merupakan agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang pertama menandatangani MOU di bawah usaha sama melaksanakan sistem QLASSIC dan SHASSIC ke atas projek-projek bangunan PDC.

Dengan sokongan CIDB Malaysia, PDC telah memperkenalkan Sistem Penilaian Kualiti untuk Pembinaan Bangunan (QLASSIC) dalam Perumahan Mampu Milik Suria 1, Bandar Cassia, Batu Kawan dan berjaya memperolehi markah skor QLASSIC yang baik iaitu 74%. Sistem penilaian QLASSIC merupakan satu langkah yang berkesan untuk memberi penilaian secara objektif terhadap kualiti projek perumahan dengan memperkenalkan sistem pemarkahan.


Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada PDC dan CIDB Malaysia yang telah berjaya merealisasikan perjanjian persefahaman ini dan seterusnya berusaha dalam initiatif meningkatkan kualiti dan keselamatan di tapak pembinaan.

Sekian, terima kasih.

SPEECH BY CHIEF MINISTER OF PENANG AT PENANG I4.0 SEED FUND RECOGNITION DAY

SPEECH BY CHIEF MINISTER OF PENANG
AT PENANG I4.0 SEED FUND RECOGNITION DAY
16 August 2018
@CAT Wisma Yeap Chor Ee, George Town, Penang

YB Prof Dr. P Ramasamy
Deputy Chief Minister (II) of Penang

Dato’ Rosli Jaafar
General Manager of Penang Development Corporation (PDC)

Dato’ Loo Lee Lian
Chief Executive Officer of InvestPenang (IP)

Members of the Penang i4.0 Seed Fund Steering & Evaluation Committee

Members of the startup community

Members of the press

Ladies & Gentlemen

Good afternoon.

I am pleased to be present at the Penang i4.0 Seed Fund Recognition Day this afternoon. Our session today serves to celebrate another milestone in the achievements of the recipient companies while at the same time also signifies another chapter in the journey of these companies in maximising their full potential using the seed fund that is awarded to them.

On 10 March 2018, the Penang State Government established the Penang i4.0 Seed Fund with an allocation of USD 1 million. We want to create awareness and increase participation in the Industry 4.0 revolution and digital economy that is shaping our world today. The i4.0 Seed Fund provides funding for qualified high potential early stage technology start-ups and we hope that this fund can enhance the growth of Penang’s tech ecosystem.

I am pleased to note that in the first round, a total of 16 companies have been successfully awarded with the funding from the Penang i4.0 Seed Fund. The total amount awarded to these 16 recipient companies today involves an allocation of RM1.67 million. These companies are involved in a wide range of business activities that includes health assistance software, e-commerce and inventory systems, membership platform, tech design, job matching, backend support services, drive-thru services, monetisation assistance for gamers and combinations of IoT, sensors and tracking systems.

The quantum breakdown provided is as follows: a total of 9 companies were awarded RM50,000 while another 7 companies are awarded with a quantum of more than RM50,000.

I wish to congratulate these 16 recipient companies, and hope that this funding will catalyse their growth, providing greater dynamics to scalability of business and they will be able to reach their target customers better.

It is also important to keep in mind that this funding is a mean to an end and is not the end itself. It marks another milestone in the journey of each of your company and the Evaluation Committee and secretariat will work closely with you to achieve the defined milestones. Relevant mentorship and linkages will also be facilitated from time to time.

I was also informed that the Stream #2 application was closed two weeks ago, and a total 114 applications were received. Their applications will be evaluated and shortlisting for pitching will be made soon. The recipients for the Stream #2 and future streams will serve as friendly competitors to each of you in your respective fields, and we hope that this friendly competition will energise more innovation to take place.

Penang has come a long way in facilitating and developing the start-up ecosystem. This October will mark the third anniversary of the launch of this RM23 million @CAT Penang Wisma Yeap Chor Ee, which we launched on 10 October 2015. Since its inception, @CAT Penang has served as Penang’s catalyst in accelerating emerging tech start-ups & entrepreneurs to gain access to our co-working space & shared facilities, tech community events and entrepreneurship development programs. An accumulative total of 1,700 co-working space applications were approved from Oct 2015 – July 2018 and over 250 tech community events & entrepreneurship development programs combined were held at @CAT Penang. As for the talent supply for start-up companies are concerned, long term e-commerce and coding workshops will continue to be conducted, aimed at providing job opportunities to the local tech and non-tech community in learning programming and improving career marketability.

Moving forward, we will also launch the ‘Penang Innovation Platform’ by end of this year. This platform is a crowd-sourcing platform that will connect problem owners and problem solvers, enabling enterprises, government agencies and multinational corporations with business challenges to develop innovative solutions by collaborating with start-up companies with technology expertise in different fields.

Today, we mark another milestone by awarding the first batch of Penang i4.0 Seed Fund recipients and I wish to once again congratulate all the 16 recipient companies. We look forward to your success and long-term growth.

Thank you.

ANNOUNCEMENT OF NEW INCENTIVE FOR PENANG SME CENTRE AND TENANCY SIGNING CEREMONY BETWEEN PDC AND TOGUN MALAYSIA SDN. BHD & LLEAP SDN. BHD.

Announcement of New Incentive for Penang SME Centre
and Tenancy Signing Ceremony between Penang Development Corporation and Togun Malaysia Sdn Bhd & Lleap Sdn Bhd
PDC Board Room, Penang
4 April 2018
Speech by YAB Lim Guan Eng, Chief Minister of Penang

Dato’ Seri Lee Kah Choon,
Director of investPenang

Dato’ Rosli Jaafar,
General Manager of Penang Development Corporation

Mr. Tan Chee Yew,
CEO of Togun Malaysia Sdn Bhd

Mr. Kumaravel Munisamy
COO / Co-Founder Lleap Sdn Bhd

Distinguished guests,
Members of the Press,
Ladies and gentlemen.

Good morning. I am pleased to be here today for the tenancy signing ceremony between Penang Development Corporation (PDC) and Togun Malaysia Sdn Bhd as well as Lleap Sdn Bhd. These 2 new tenants at our Penang SME Centre, Bayan Lepas Industrial Park further exemplify Penang’s effort to support growth of SMEs in the state via the provision of conducive enterprise space with international-class infrastructure. I am also delighted to share a new incentive programme for the Penang SME Centre designed specifically to assist SMEs, particularly younger companies at the initial stage, eager to move up the value chain.

Robust investment performance driven by domestic and foreign investment
In the recently published Malaysia Investment Performance Report 2017, MIDA (Malaysian Investment Development Authority) announced that Penang is the second top recipient of total manufacturing investment among states valued at RM10.8 billion, which is 151% higher than 2016. Our robust investment performance have also been led by the domestic investment growth, driven in part by the local small and medium enterprises. Domestic investment is valued at RM2.3 billion, which is a growth of 84% compared to 2016.

In the same report, it was also announced that Penang came out first among the states in total approved manufacturing FDI (Foreign Direct Investment) at RM8.5 billion – a significant increase of 180% from the year before. Penang is amongst the only 3 states in Malaysia which recorded growth in all 3 sectors of domestic, foreign and total approved manufacturing investments for 2017. BBC has also predicted that Penang will be the next Silicon Valley of the East. BBC praises Penang's ecosystem as conducive to local entrepreneurs to venture into tech-related sectors – demonstrated by the solid presence of over 3,000 SMEs to support approximately 300 MNCs in the State.

Togun Malaysia Sdn Bhd and Lleap Sdn Bhd – To be Made and Powered in Penang
Today, we are delighted to welcome both Togun Malaysia Sdn Bhd and Lleap Sdn Bhd to Penang SME Centre. Togun Malaysia produces hydrogen infused drinking water to clients in domestic and international markets.

Lleap Sdn Bhd on the other hand, is an IT company offering a unique e-Post system – a cloud mail solution for single or large document volumes. Their business model works on tapping into the 24/7 access to a worldwide network of postal services coupled with zero requirement for software as well as hardware investments by its clients.

Both Togun and Lleap will be contributing to a combined investment value of approximately RM6 million and over 45 job opportunities. While we take immense pride in our ability to attract high volume of FDI, it is equally important for the State to have a sturdy and varied network of SMEs.

To support our SMEs in moving up the value chain in tandem with global technology and business trends, the Penang State Government has adopted a 3-pronged approach for SME development in the State. The RM26 million Penang SME Centre offering subsidized rental rates is one of the core incentives together with the free SME Market Advisory Resource and Training (SMART) Centre, and the proposed investment value by the companies are RM257 million at SME Villages comprising 150 acres for sale to SMEs.

New Incentive for Penang SME Centre
Penang State Government and PDC have approved another support programme for SMEs. The Penang SME Centre will further incentivise local SMEs with 50% rental discount for rental of unfurnished unit in the centre throughout the first 6 months of their tenancy, with the condition that the tenancy is signed between 1 January 2018 to 30 June 2018.

The incentive is only applicable for local companies and the eligible recipient is required to sign a 3-year tenancy. It is a very attractive proposition considering the fact that rental rates at Penang SME Centre are already subsidised and the building is equipped with internationally benchmarked facilities.

We would like to encourage eligible and interested companies to make full use of this opportunity in establishing or growing their operations here in Penang. Congratulations to Togun and Lleap, the pioneer recipients of this incentive programme!

Closing Remarks

Penang State Government offers amongst the best incentives to SMEs in the country such as SMART Centre, RM26 million to SME Centres, 150 acres to SME Village and now the 50% rental discount. I am confident that our state agencies such as investPenang and Penang Development Corporation will continue to play their role to facilitate and provide assistance to SMEs so that SMEs can continue to be the backbone of our manufacturing industry.

MAJLIS RUMAH TERBUKA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PDC 2018

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG SEMPENA MAJLIS RUMAH TERBUKA SAMBUTAN
TAHUN BARU CINA PDC 2018
1 MAC 2018 (KHAMIS)
ATRIUM PEJABAT PDC

YB Dato’ Haji Mohd Rashid bin Hasnon
Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang

YB Prof. Dr. P Ramasamy Palanisamy
Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang

Yang Berbahagia Dato’ Rosli bin Jaafar
Pengurus Besar PDC

Yang Berusaha Encik Ong Boon Soon
Pengerusi, Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PDC

Semua Kakitangan dan Anak Syarikat PDC

Rakan Media

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian

Salam Bersih, Salam Harapan dan Selamat Datang ke Majlis Rumah Terbuka Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina anjuran PDC.

Setiap perayaan mengajar kita tentang kepentingan perpaduan dan mengeratkan silaturahim tanpa mengira kaum dan agama. Dan inilah yang dapat kita capai melalui perayaan yang diraikan pada hari ini.

Kerajaan Negeri telah mempromosikan Pulau Pinang sebagai negeri keusahawanan dan kebajikan dan kita telah berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi, berdasarkan tadbir urus yang baik dengan prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus).

Melalui kerjasama 4P Partnership yang melibatkan sektor Public (Awam), Private (Swasta), People (Rakyat) & Profesional, Pulau Pinang telah banyak memberi transformasi/ perkembangan yang utama.

Kita telah melihat perubahan ikon Pulau Pinang di Komtar yang dahulunya usang dan terbiar tetapi menerusi The Top@Komtar dengan pelaburan swasta sebanyak RM200 juta, kini Komtar telah berubah wajah.

Satu lagi tarikan antarabangsa ialah Taman Tema Escape di Pulau Pinang, yang kini menjadi taman tema No. 1 di Malaysia, menurut TripAdvisor. Kesemua pelaburan swasta ini disebabkan wujudnya keyakinan mantap ke atas kemampuan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mentadbir negeri ini.

Kerajaan Negeri juga telah melabur RM75 juta untuk menubuhkan Pulau Pinang sebagai pusat kecemerlangan bagi sains dan teknologi termasuk projek-projek seperti perpustakaan digital pertama – yang dibuka 24 jam sehari di Malaysia, kelas koding (coding classes) dan Kelas Vokasional Jerman yang terbaik di dunia.

Baru-baru ini, BBC telah menyatakan bahawa Pulau Pinang adalah ‘Asia’s Silicon Valley’ dengan menyebut bahawa Pulau Pinang ‘is punching well above its weight in the tech world through hardware manufacturing’.

MIDA juga telah mengumumkan Pulau Pinang sebagai penerima pelaburan kedua terbesar yang diluluskan pada sembilan (9) bulan pertama tahun 2017 sebanyak RM9.9 bilion berbanding RM4.3 bilion untuk keseluruhan tahun 2016 iaitu kenaikan sebanyak 130%.

PDC akan meneruskan Tanggungjawab Sosial Korporatnya dalam menyediakan Rumah Awam dan Mampu Milik untuk rakyat menerusi tabung RM500 juta yang didirikan oleh Kerajaan Negeri.

Projek-projek PDC iaitu Bandar Cassia AHS Fasa 1 telah siap dibina dan dijangka Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) akan diperolehi pada suku pertama tahun ini, diikuti dengan Jiran Residensi di Kampung Jawa menjelang hujung tahun 2018 dan Dua Residensi di Teluk Kumbar menjelang suku pertama 2019.

Dalam mensyukuri segala nikmat, kita juga tidak lupa akan orang yang kurang bernasib baik dan memberi sokongan kepada mereka untuk mewujudkan masyarakat yang lebih prihatin, baik dan damai dengan menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat.

Dengan ini saya merasmikan Ruah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina PDC 2018.