• Bahasa Melayu
  • English (United Kingdom)

faq bmcontactus bmfeedback bmsitemap bm

Program-program Unit Integriti PDC

Semua jabatan kerajaan termasuklah PDC telah diwajibkan melaksanakan program-program integriti dan antirasuah termasuklah :-

  • Pengurusan Risiko Rasuah - PRR untuk PDC dan anak-anak syarikat milikan PDC;
  • ISO 37001 Anti Bribery Systems untuk PDC dan anak-anak syarikat milikan PDC;
  • Pelan Antirasuah Organisasi dan
  • Pelan Antirasuah Nasional

Bagi pelaksanaan program-program tersebut di atas, PDC telah merancang untuk melaksanakannya secara berperingkat. Bagi peringkat permulaan, PDC telah berkerjasama dengan pihak Malaysia Anti-Corruption Academy (MACA) dan Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) di dalam menyediakan Pengurusan Risiko Rasuah. PDC juga turut dibantu oleh Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Antara objektifnya adalah untuk mengenalpasti risiko di dalam aktiviti PDC bagi membendung gejala rasuah, mengurangkan aduan, meningkatkan perkhidmatan dan kualiti dan sebagainya.

Satu bengkel Pengurusan Risiko Rasuah telah diadakan pada 25/6/2019 hingga 27/6/2019 di mana ianya melibatkan seramai 26 peserta yang diwakili oleh Ketua Bahagian/Unit dan pegawai kanan PDC.

Copyright © Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Bangunan Tun Dr Lim Chong Eu
No. 1 Persiaran Mahsuri
11909 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia
Emel : webmaster[at]pdc[dot]gov[dot]my