fb icon  twitt icon  yb icon  rss icon akses logo
BAHASA LAINBM | ENG  
color turqouse  color salmon color lilac

Perutusan Dato' PB

Kemaskini pada Selasa, 9 Januari 2018
 
DatoRJ new
Pertama sekali, Selamat Datang ke Laman Web PDC yang mana akan memberikan sedikit sebanyak tentang pembangunan dan aktiviti-aktiviti PDC.

Dengan permulaan Tahun Baru, kita akan mengkaji semula dan meniliti cabaran dan matlamat yang akan diharungi. Ini juga akan menjadi satu cabaran untuk tahun ini kerana kita menyaksikan pertumbuhan ekonomi global yang amat mencabar.

Walau bagaimanapun, saya percaya dengan usaha dan daya tahan kolektif, perjalanan tahun ini akan menjanjikan sesuatu yang baik, dengan adanya pelancaran-pelancaran projek infrastruktur baru, kemudahan dan projek pelancongan dan juga skim perumahan mampu milik untuk rakyat.

Kami akan terus memberi penekanan dan menumpukan kepada Pelan Strategik 5 tahun untuk 2016-2020 PDC untuk menerajui pertumbuhan ekonomi dan mengerakkan Pulau Pinang sebagai bandaraya antarabangsa yang pintar.


Matlamat kami untuk tahun 2018 adalah untuk memastikan bahawa pelan strategik 5-tahun PDC dan teras yang dilaksanakan seperti yang dinyatakan di bawah :-

• Mewujudkan koridor baru yang menarik bagi pertumbuhan ekonomi negeri

• Membina rumah mampu milik dengan mengambilkira kemampuan lapisan rakyat

• Membangunkan infrastruktur untuk pelancongan

• Pembangunan semula kawasan komersil, taman perindustrian dan kawasan perumahan

• Mewujudkan aliran pendapatan yang mampan

• Meningkatkan komunikasi melalui penglibatan pihak-pihak berkepentingan

Dalam perkembangan yang sama, saya ingin mengalu-alukan anda melayari laman web kami yang menyediakan pelbagai berita yang menarik dan juga membekalkan perkhidmatan dalam talian: -

• Perniagaan - RFP, tender dan kadar sewa bangunan / unit PKS, dan lain-lain

• Maklumat mengenai projek-projek dan program-program PDC

• Pelanggan juga boleh membuat aduan / pertanyaan yang disediakan untuk memberikan maklum balas dan juga penambahbaikan yang berterusan

• Dasar Integriti yang merupakan tumpuan utama kami dan selaras dengan pentadbiran CAT; dengan pelaksanaan yang telah dilaksanakan seperti "Polisi Tiada Hadiah", "Dasar Pemberi Maklumat" dan Ikrar Bebas Rasuah oleh Kakitangan PDC.

Ucapan terima kasih kepada semua pelanggan yang telah melayari laman web kami dan saya berharap anda akan terus melayar laman web ini. Segala idea dan cadangan anda akan membantu kami untuk meningkatkan perkhidmatan kami.

Saya ingin memaklumkan bahawa PDC akan terus menerajui pembangunan sosioekonomi di negeri ini dan bertindak sebagai penanda aras dalam industri untuk memberikan yang terbaik dalam penyampaian perkhidmatan.

Sekian, terima kasih.
Dato’ Rosli Jaafar
Pengurus Besar, PDC