fb icon  twitt icon  yb icon  rss icon akses logo
OTHER LANGUAGESBM | ENG  
color turqouse  color salmon color lilac

Management Speeches

UCAPAN YB. PROF. DR. P. RAMASAMY SEMPENA MAJLIS PECAH TANAH PROJEK PENEMPATAN SEMULA LADANG BYRAM PADA 21 JANUARI 2018

UCAPAN YB. PROF. DR. P. RAMASAMY
SEMPENA MAJLIS PECAH TANAH
PROJEK PENEMPATAN SEMULA LADANG BYRAM
PADA 21 JANUARI 2018, JAM 9.00 PAGI

Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Rashid Bin Hasnon,
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang

Yang Berhormat Tuan Jagdeep Singh Deo
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

Yang Berhormat Dato' Mansor Bin Othman
Ahli Parlimen Nibong Tebal

Yang Berhormat Tuan Soon Lip Chee
ADUN Jawi

Yang Berbahagia Dato’ Rosli Jaafar
Pengurus Besar PDC

Rakan-rakan media

Para hadirin sekalian

Selamat pagi dan salam sejahtera. Saya berasa amat berbesar hati kerana pada pagi ini saya akan merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Penempatan Semula Penduduk Ladang Byram.

Sebagai latar belakang untuk projek ini, Kerajaan Negeri telah mengambilalih tanah sekitar seribu ekar sejak tahun 1990-an di Byram, Nibong Tebal bagi tujuan termasuk tapak pelupusan sisa pepejal Pulau Burong. Pada tahun 1995, 19 keluarga Ladang Byram telah terpaksa berpindah. 13 keluarga telah berpindah ke tempat luar dari Ladang Byram manakala 6 keluarga lagi telah berpindah ke tempat lain di dalam Ladang Byram juga.

Pada 31 Oktober 2012, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah menandatangani satu perjanjian dengan Syarikat PLB Terang Sdn Bhd untuk mengurus dan membangunkan tapak pelupusan sampah Pulau Burung Fasa III selama 20 tahun.

Pembangunan Fasa III memerlukan seramai 59 keluarga untuk berpindah. Bilangan ini adalah termasuk 6 keluarga yang telah berpindah pada tahun 1995 di dalam Ladang Byram juga tetapi tidak termasuk 13 keluarga yang telah berpindah ke tempat lain di luar Ladang Byram. Selain itu, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Byram dan sebuah Kuil Hindu (Kuil Dewa Sri Maha Kaliamman, Sri Muniswarar Aalayam) mesti dipindahkan kerana kesemuanya adalah terjejas dalam syarat zon penampan dalam radius sebanyak 500 meter dari tapak pelupusan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Bagi menyelesaikan masalah ini, Jawatankuasa Task Force Penempatan Semula Penduduk, Kuil dan Sekolah Ladang Byram telah ditubuhkan dengan saya sebagai pengerusi dan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan sebagai Urusetia.

Task Force telah berkerjasama semua jabatan yang terlibat dan dengan ADUN Jawi, JKKK dan penduduk-penduduk Ladang Byram bagi mengenalpasti keperluan mereka. Task Force telah menetapkan cadangan bahawa Kerajaan Negeri harus mendirikan perumahan bagi penduduk, bangunan baru bagi Sekolah Tamil dengan padang dan tanah bagi Kuil Hindu di satu tapak baru yang berhampiran dengan lokasi Ladang Byram.

Dengan demikian, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada 28 September 2016 telah bersetuju agar Kerajaan Negeri menanggung kos tanah dan kos pembangunan bagi tapak penempatan semula penduduk, kuil dan sekolah Tamil Ladang Byram di Lot 7578, Seberang Perai Selatan dengan keluasan 8.75 ekar.Kerajaan Negeri telah mengambilalih lot 7578 dengan kos RM 3.8 juta.

Kerajaan Negeri sedang mengadakan rundingan terus dengan Syarikat Mapahill Development Sdn Bhd untuk melaksanakan Projek Penempatan Semula Ladang Byram bagi menggantikan kuota rumah kos rendah yang perlu dibina oleh syarikat ini di Taman Berjaya, Seberang Perai Selatan. Mapahill Development Sdn Bhd mempunyai pengalaman yang baik dalam pembangunan hartanah sejak tahun 2002. Pemegang saham Mapahill iaitu Jasmurni Development Sdn Bhd, Mentari Berseri Sdn Bhd dan Aman Setia Sdn Bhd telah menyiapkan sejumlah 50 projek dengan nilai projek RM3 Bilion termasuk Puchong Business Centres for IOI Bhd, Setia Welcome Centre, SPICE untuk Eco Meridian Sdn Bhd dan pembinaan Taman Ilmu Indah di Nibong Tebal.

Kerajaan Negeri juga telah melantik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang mempunyai kepakaran dan pengalaman sebagai Pengurus Projek ini.

Projek ini akan merangkumi komponen-komponen iaitu:-

I. bangunan dua tingkat untuk SJKT Ladang Byram dengan keluasan tanah 2.01 ekar;

II. padang bola sepak dengan keluasan 1.0 ekar;

III. Kuil Hindu dengan keluasan tanah 0.22 ekar;

IV. 76 unit rumah kluster kos rendah satu tingkat dengan keluasan hampir 706 kaki persegi setiap unit.

Kerajaan Negeri menganggarkan kos pembangunan projek ini adalah adalah sekitar RM 15 juta. Saya ingin menyatakan beberapa perkara yang penting di sini. Yang pertamanya adalah Kerajaan Negeri langsung tidak mahu kehilangan sebarang Sekolah Tamil di Pulau Pinang. Sebab itulah kami memindahkan Sekolah Tamil Ladang Byram ke tapak 2.01 ekar baru dan juga bersebelahannya adalah padang sekolah berukuran 1 ekar. Luas sekolah ini sekarang adalah sekitar 1 ekar.

Para hadirin mesti terbaca dalam suratkhabar bahawa di negeri lain terdapat Kuil yang dirobohkan tanpa perundingan dengan Jawatankuasa Kuil. Tetapi Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa mengambil jalan penyelesaian yang baik dalam menyelesaikan isu-isu Kuil Hindu dan rumah ibadat yang lain. Kuil Hindu Ladang Byram tetap akan dipindahkan ke tapak 0.22 ekar baru.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah amat prihatin dan berusaha untuk membawa kemakmuran kepada semua. Kami tidak mengabaikan penduduk Ladang Byram yang majoritinya adalah masyarakat India. Kerajaan Negeri telah pun memberi pampasan kewangan termasuk elaun pindah kepada penduduk Ladang Byram juga telah membantu beberapa keluarga untuk menyewa di Perumahan Kerajaan Negeri di Jawi III.

Unit rumah kos rendah baru ini akan ditawarkan kepada 59 keluarga yang tinggal di Ladang Byram sekarang. Selain itu, keutamaan juga akan diberikan untuk menawarkan unit kos rendah baru ini kepada 13 keluarga yang telah berpindah keluar dari Ladang Byram pada tahun 1995.

Para hadirin sekalian, keprihatinan Kerajaan Negeri tidak terhenti di Ladang Byram sahaja. Kerajaan Negeri juga meneruskan rancangan perumahan untuk penduduk Ladang Kalidonia yang tentatifnya akan mengandungi 136 unit rumah klaster core house 1 tingkat dan projek perumahan untuk penduduk Ladang Victoria yang tentatifnya akan mengandungi 72 unit rumah jenis Rumah Pangsa 3 Tingkat.

Saya percaya Projek Penempatan Semula Ladang Byram adalah anugerah Kerajaan Negeri kepada penduduk Ladang Byram dan masyarakat India Pulau Pinang secara umumnya. Projek ini akan menjadi pemangkin di persekitaraan kawasan Nibong Tebal.

Saya dengan ini merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Penempatan Semula Penduduk Ladang Byram.

Sekian, terima kasih.

Speech by Dato’ Rosli Jaafar, General Manager, PDC at the Batu Kawan SME Village Phase 4A Launching Programme on 12 DEC 2017 at 10.00 am at PDC Sales Gallery, Batu Kawan.


Salutation

SME Entrepreneurs and Investors,
PDC Management and Staff Members of the Media,
Ladies and Gentlemen,

Firstly, I bid you all a warm welcome to the launching programme of our Batu Kawan SME Village Phase 4A, which is build to meet the continuous demand from SMEs, and which comprises 20 units of semi-detached factory units.

I am pleased to inform that the contract has been awarded and the construction of the project will take about 18 months ( from 16 October 2017 – 15 January 2019). The pricing of the units ranges from RM3,746,000  (intermediate) to RM3,866,000 (corner).

This pricing is very reasonable in view of the strategic location in the Batu Kawan Industrial Park, with good logistics and connectivity, as well as close proximity to the Bayan Lepas Industrial Park and the airport and seaport, via the second Penang Bridge and North South highway.

As you are aware, PDC’s satellite township of Batu Kawan is poised to be the new growth centre for Penang, whereby international brands are flourishing. In Batu Kawan, we have the RM250 million Design Village Penang, with branded goods like Ralph Lauren, Adidas, Coach and Clark, we have quality education ie KDU Penang University College is setting up a brand new 10-acre flagship campus, and we also have the RM600 million IKEA Store opening in 2019.

Many MNCs have also set up their base in Batu Kawan Industrial Park, among which are Boston Scientific Medical Device, USA; Broadcom USA;  Sunningdale Tech, Singapore; BOSE, USA and Malaysian Automative Lighting (MAL), Germany.

Ladies and Gentlemen, Penang has long been recognised as a State that emphasizes on SME development.  Although FDIs are important to Penang and have been instrumental in promoting industrial development in the State, SMEs are equally important as they provide the much sought after ancillary and support services to the MNCs.  Today, the availability of supply chain or ancillary and support services is an important determining factor for FDIs in selecting the location for their investments. 

The State of Penang and PDC have a 3-prong approach to SME development as follows:-
  • Establishing SME Market Advisory, Resource and Training (SMART) Centre, which many Penang SMEs today have access to its services and facilities;
  • Construction of Penang SME Centre to incubate local start-ups and provide space for SMEs that cannot not afford to have their own facility;
  • Developing SME villages to provide ready-built factories and small industrial land plots within the industrial park.
In line with this, PDC has identified 150 acres of and in Batu Kawan, earmarked as Batu Kawan SME Village, which has been developed into phases.  The SME Village is strategically located, in close proximity with existing and new MNCs, thus enabling and supporting the just-in-time (JIT) concept practiced by most companies.  The SME Village will lower the cost of doing business for both SMEs and MNCs and at the same time enhance SMEs’ resources, putting them on par with global suppliers.

Phase 1 of the Batu Kawan SME Village consists 27 factory land plots which have already sold out, and 44 ready built factory units (4 semi-detached units and 40 terrace units) which have been completed and obtained CCC in March 2017. Of these 44 ready build factory units, all have also been sold off except for 1 terrace unit costing RM1.056 million still available for sale. Phase 2 consists 17 factory land plots which have also been sold out.

I wish to invite Interested SMEs or investors to contact our PDC Industry Division, or you can also download the application forms from PDC website www.pdc.gov.my. For those who are interested, our Industry Division staff will take you for a site visit to the Batu Kawan SME Village Phase 1, which is only a short distance away, after the launching to view the ready Semi-D factory unit.

With this, I now have the pleasure to officially launch PDC’s Batu Kawan SME Village Phase 4A.  

Thank you.

UCAPAN YB DATO’ HAJI MOHD RASHID BIN HASNON TKM1, SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN RASMI PENYIAPAN KERJA-KERJA PENGECATAN SEMULA BLOK 72

UCAPAN YB DATO’ HAJI MOHD RASHID BIN HASNON,
TIMBALAN KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN RASMI PENYIAPAN KERJA-KERJA PENGECATAN SEMULA
BLOK 72, JALAN TENGAH, BAYAN BARU,PULAU PINANG
PADA 16 APRIL 2016

YB/Dato’/Tuan/Puan,

Saya berasa amat berbangga dan bersyukur kerana pada hari yang penuh bermakna ini, kita sama-sama berhimpun untuk sama-sama meraikan upacara penyerahan rasmi penyiapan kerja-kerja pengecatan semula untuk rumah pangsa Blok 72, Jalan Tengah, Bayan Baru.
Untuk makluman YB/Dato’/Tuan/Puan, blok ini merupakan projek pengecatan semula yang ke-13 yang telah siap dilaksanakan oleh PDC pada bulan Januari tahun ini melalui kaedah perkongsian kos di antara tiga pihak iaitu PDC, pemilik-pemilik unit melalui Perbadanan Pengurusan (MC) Blok 72 dan bantuan peruntukan daripada Kerajaan Negeri. Kerjasama ini telah membuahkan hasil sepertimana yang dapat kita saksikan pada hari ini.  Di dalam hal ini, saya ingin mengucapkan syabas kepada kesemua pihak yang telah bekerjasama untuk berjaya merealisasikan inisiatif ini.
 
Blok 72 ini merupakan satu antara 17 blok di Jalan Tengah yang  telah dibina oleh PDC pada tahun 1985 dan merupakan bangunan 12 tingkat dengan sejumlah 119 unit kediaman. Sebagai pematuhan kepada kehendak Akta Hakmilik Strata 1985, blok ini telah diserahkan oleh PDC kepada Perbadanan Pengurusan (MC) untuk pengurusan dan penyelenggaraan pada 26 Mac 2005.
Seperti YB/Dato’/Tuan/Puan sedia maklum, sejak tahun 2011, pihak PDC telah memperkenalkan suatu insentif untuk menawarkan pelaksanaan kerja-kerja pengecatan semula berasaskan kaedah perkongsian kos 80/20 untuk semua bangunan kediaman bertingkat PDC yang telah diserahkan kepada MC. PDC melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) akan menanggung 80% dari jumlah kos pengecatan semula manakala baki 20% lagi akan ditanggung oleh MC blok masing-masing.

Walaubagaimanapun, projek PDC di Jalan Tengah ini yang merangkumi 14 “Slab Block” ( 5 tingkat) dan  3 “Point Block” (12 tingkat) adalah lebih istimewa sebab polisi pengecatan semula ini adalah berdasarkan 80/10/10 di mana pihak MC hanya perlu menanggung kos 10% sahaja, manakala baki 10% akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri. Bagi Blok 72 ini, kos keseluruhan untuk kerja pengecatan semula ini adalah berjumlah RM147,000. Dalam hal ini, PDC telah  menanggung 80% kos yang berjumlah RM117,600,  manakala baki bahagian 20% adalah dikongsi  antara MC dan Kerajaan Negeri sebanyak RM14,700 masing-masing. Kerja-kerja pengecatan semula bagi blok ini telah bermula pada 3 November 2015 dan siap sepenuhnya pada 2 Januari 2016, dengan mengambil tempoh pelaksanaan selama dua (2) bulan.      
          
Di sini, saya ingin sekali lagi menyeru MC-MC yang lain dalam kawasan pembangunan Jalan Tengah ini agar mengambil tawaran perkongsian kos yang disediakan oleh PDC dan Kerajaan Negeri. Inisiatif ini merupakan kaedah yang terbaik untuk  MC supaya berganding bahu dengan pihak PDC dan Kerajaan Negeri untuk sama-sama menikmati premis yang lebih selesa dan cantik. Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian oleh pihak MC ialah dengan imej dan wajah baru yang diperolehi selepas bangunan dicat semula, nilai pasaran unit-unit di projek perumahan mereka akan terus meningkat. Ini telah dibuktikan bagi projek-projek perumahan PDC lain yang telah dicat semula.

Akhir kata, saya dengan perasaan sukacita dan besar hati, dengan ini merasmikan penyerahan penyiapan kerja-kerja pengecatan semula rumah pangsa Blok 72, Jalan Tengah, Bayan Baru, Pulau Pinang.  

Sekian, terima kasih.